Assalamualaikum..
Salam rindu buat semua dari Langkawi. Setelah sekian lama, lebih 6 tahun aku tinggalkan pulau mahsuri tu, aku datang lagi. Memang dah banyak yang berubah. Masuk malam nie dah 4 hari kat sini. Agak seronok sebab diberi peluang berkursus sambil bercuti. Dalam 4 hari juga macam-macam benda yang jadi. Paling happy aku dapat kawan-kawan baru. Memang have fun bila bergaul dengan student Kolej Professional MARA, Sri Iskandar. Kerana mereka juga aku malas nak join budak-budak kolej sendiri. Haha.
Bajet macam baru sampai overseas. Haha
Hari Pertama
- Sampai di Langkawi waktu petang sambil tunggu bas datang amek kami di jeti terus check in kat Aseania Resort & Spa, Pantai Chenang. Dapat kawan baru, bilik baru, makanan pon sedap-sedap. Rasa macam terus jatuh cinta dengan tempat nie, rasa macam takmaw balik dah. Nie gambar-gambar first day kat sana!
Ramaikan
Hari Ke 2
- Kursus start dari pukul 8.30 pagi hingga 11.00 malam tapi kami akan makan 4 kali sehari tak termasuk minum petang dan malam. Lepas nie balik rumah semua gemok. Boleh tahan sedap makanan kat sini. Hari kedua mula program petang kami semua. Ramai-ramai buat kecoh dalam swimming pool.
Candid gitu
Hari Ke 3
- Malam ketiga di Langkawi, kami semua lepak makan kat luar hotel. Kedai-kedai kat sini semua tutup tepat pukul 12 malam. Nasib baik ada McD! Tak la kebulur kat sana. Ramai-ramai jalan kaki lepak kat pantai. Punya seronok main kejar-kejar sampai ke pagi. Pukul 3 pagi baru masing-masing balik bilik.
Ada lagi bermacam cerita nak cerita kat korang tapi tunggu dulu. Gambar terlalu banyak yang lucu-lucu. Tunggu part 2 pulak ya. Memori tengah full dengan plan. Ingat petang nie nak main Volleyball lagi la. Main sampai sakit tangan, baru padan muka hang nina. Tiap-tiap petang aku bawak badan masuk pool. Bila lagi dapat peluang macam nie. Tak pernah menginap kat hotel sampai berminggu-minggu. So enjoy. Thanks a lot to MARA Perak kerana menaja penginapan kami 30 orang nie :)
oklaa tu, jadual kursus tak pax, boleh jalan2 kan :)
ReplyDelete