Selamat malam semua.. harap sihat-sihat saja. Nak habiskan part yang terakhir di Langkawi, nak cerita kisah cinta monyet antara cik Wawa dengan mr Nazirul, semua kenangan selama 11 hari kat pulau mahsuri nie susah nak lupa. Semuanya indah-indah belaka, memang semuanya satu nikmat. Syukur pada Allah, kami selamat pergi dan balik. Alhamdulillah. Sedih sangat masa nak keluar dari bilik No. 8125 tu. Tapi masa dah tamat, kena back to normal life. Maybe kami akan buat reunion di Langkawi lagi satu hari nanti. InsyaAllah :)
Selamat tinggal helang
Hari Ke 9
- Rutin harian macam biasa cuma yang berubahnya ialah berat badan. Haha. Makin gemok, seluar dengan baju bila pakai aku rasa macam ketat. Pasal si Nazirul tu, kami dah mula rapat. Walaupun dah bercakap banyak patah perkataan dengan aku tapi dia tetap segan apatah lagi bila dating dengan Wawa lepas habis kelas kursus. Sweet angat-angat. Macam-macam benda baru kami dapat antaranya biodata si pelayan tu. Paling tak boleh belah bila Nazirul bagi Mentos kat aku. Patutnya dia bagi kat Wawa tu. Sampai sekarang aku tak makan lagi mentos tu. Takot nak makan. Nak dijadikan cerita salah sorang kawan baru aku nak sambut bufday lepas habis kursus nie so kena buat surprise bufday untuk dia, sebabnya tarikh bufday tu jatuh hari Isnin, masa tu semua dah balik jadi Wawa plan dengan yang lain nak kongsi duit beli kek. Last-last aku yang kena tanya macam-macam kat Nazirul tu. Haiyaa, susahnya jadi orang pertengahan nie. Nak order kek kat hotel mahal sangat, nasib baik la dia sanggup belikan kek guna duit dia dulu memandangkan dia keja shift petang. Aku tak sampai hati nak susahkan dia. Tak baik pergunakan kebaikan orang. Jadi aku terpaksa la mintak no fon dia, nanti senang nak bagi tau apa-apa. Mamat tu dah mintak no fon tapi Wawa tak nak bagi, dari situ si mamat nie mungkin terfikir kami hanya main-main tapi memang nak mengusik saja bukan datang Langkawi nak cari boyfriend. Nasib baik malam tu si Adib sanggup teman aku tunggu Nazirul habis keja then dia jumpa wawa semata-mata nak bagi coklat Smarties. Sangat sweet & Adib ambik coklat tu makan depan Nazirul siap tuang kat tangan aku. Hurm mesti dia sedih bagi coklat kat orang lain tapi kami yang makan. Sorry.
Hari-hari dilayan bak puteri
Mr. Nazirul bagi kt cik Wawa. Aww
Hari Ke 10
- Tinggal lagi sehari saja nak kena tinggalkan dayang-dayang kat pulau nie. Lepas nie dah takda orang nak layan kami macam tuan putera puteri lagi. Tak dapat makan sedap-sedap. Akhirnya tepat pukul 11.30 malam dia datang hantar kek kat hotel dengan baju lawa, ingat nak ajak join sekali tapi dia segan. Bila aku nak bayarkan harga kek yang rm 40 tu dia cuma ambik 30 saja. Memang aku suka dapat potongan diskaun, bila bagi lagi rm 10 dia tetap xmaw ambik. Geram pulak aku. Aku boleh nampak dia memang ada hati kat wawa tapi aku cuma jadi orang perantaraan saja. Rasa kesian sebab dia dapat layanan tak seberapa, sebelum balik dia mintak aku bagi duit kertas dollar US kat wawa. Malam tu aku jadi lagi geram bila si wawa buat tak endah dan biar dia tunggu lama kat luar dewan. Engkau tak tahu ke dia cuma nak sembang sebelum hang balik wawa. Sebelum aku marah baik masuk bilik, merajuk la kononnya. Aku nie hantar jugak mesej kat Nazirul, rasa serba salah dan nak betulkan keadaan. Dalam berapa minit si Adib pulak mesej pujuk aku, ajak pegi pantai ramai-ramai. Pandai diaorang bila kes pujuk memujuk serah kat Adib. Nak tak nak kena jugak la pegi pantai bila si senget tu jemput aku depan bilik. Pagi last lepak ramai-ramai kat pantai sampai kul 3 pagi. Nasib baik la barang dah pack.
Masa untuk tidoq kejap kerana memberi laluan solat Jumaat
Last Dinner :(
Malam tu chef buat BBQ khas untuk rai majlis kami kena balik
Makan la sampai kenyang
Hari Ke 11
- Hari yang ditunggu telah pon tiba. Dengan berat hati aku terpaksa la jugak lari dengan beg sebab takot bas tinggal aku. Kang tak balik rumah. Bila naik bas baru aku perasan tak nampak pon bayang si Nazirul tu. Selalunya walaupun shift petang dia suka datang awal semata-mata nak tengok kerenah minah-minah kepoh. Aku tetap hantar mesej bagi tahu yang kami dah check out dan dia kata hari tu dia off day dan aku pulak jadi pakar motivasi siap cakap kat dia nanti jangan sedih-sedih bila kami dah takda. Tersangat la pelik, hari kami nak balik dia cuti pulak. Nampak macam sengaja mintak cuti. Maybe dia jugak sedih nak tengok kami semua balik kot especially wawa. Malangnya makcik tu balik dengan pakcik dia memerangkap pegawai Mara yang jaga kami selama 5 hari. Kami kena stay dulu kat jetty sampai pukul 4 petang. Mangkuk mana la yang pegi beli tiket untuk kami semua, punya la lambat jadi kami berlapan sewa van shopping lagi sekali kat Kuah. Angkut pinggan mangkuk dengan coklat. Aku dah naik letih bawak barang. Sampai jetty singgah makan kfc sebab semua perut dah biasa makan banyak. Jadi cerita mereka berdua berhenti sampai disini saja. Kena tunggu kedua-duanya habis diploma la baru boleh sambung balik kisah cinta. Patutnya kisah cinta monyet nie dipanggil sebagai Cintaku berputik di cafe. Sayangnya mereka tak sempat nak bergambar. Kalau ada jodoh diantara mereka takkan kemana walaupun jarak Perlis (mamat tu org klate tapi duduk kat Perlis) dengan Perak :)
coklat2 yg aku bawak balik. ferrero tu untuk si dia
bye Aseania! nanti nak balik sini lg
tadaaaa !
Adib nie boleh jadi adik angkat jela, umur baru 18 tapi bajet macam 25. APTB
Am dah boleh duduk dengan Bob.. diorang suka gaduh
Rindu mak Gogolo.. dia la gigolo dalam group. Haha
Baru nampak daratan.. highway Aloq Staq nak balik dah.
Harini baru aku dapat keluar dengan si dia selepas 2 minggu tak jumpa. Tengok wayang ceta The Hobbit di Pacific. Best la jugak tengok lawak orang-orang kerdil nie. Tak rugi tengok. Kalau siapa tak tengok lagi cepat-cepat la pegi tengok. Tengs kat dia sebab belanja makan walaupun makannya cuma cucur. Hehee.. Sedap tengok dia makan spagetti. Bila dah keluar bersama baru la dapat bagi coklat yang aku belikan untuk dia. Kena tarik hidung dan diusapnya rambut nie.. Rindu eh? Hihi..
Selamat menonton! :)
P/s: MARA habiskan duit RM 70,000 untuk kursus LPU nie. Jadi sila la bayar duit pinjaman mara ye. Mohon terasa sapa yang tak bayaq tu.