30 Apr 2024

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum

Assalamualaikum readers


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum | Nak jimat duit dari beli makeup, laburkan duit beli serum. Kenapa? Sebab bila dah makin berumur ni nak makeup keluar rumah pun jadi malas. Last-last pakai serum, moisture dan sunscreen terus settle!


RM 41.40 untuk 20ml


Sebelum ni ada share beli moisture Skintific kat sini. Pakai sebelum tidoq, esok pagi bangun pi kerja muka lembab nak. Setakat ni dah consume pakai produk ni selama sebulan lebih. Ingat senang nak repair muka hang Nina oii kalau tak rajin ke laut lah misi flawless tu.



2 pam untuk seluruh muka (pagi dan malam)


Apa yang best serum ni? Botol boleh dibawa ke mana saja, 1 pam dah cukup untuk cover separuh pipi dan cepat meresap. Kelebihan serum ini adalah :


  • Memperbaiki skin barrier yang rosak. Berfungsi mengembalikan kulit yang sihat dan melindunginya.
  • Mencegah jerawat dari naik di muka dan mengatasi masalah kulit kemerahan.
  • Menjadikan tekstur kulit lebih halus.
  • Tiada bahan alkohon, paraben, pewarna dan mineral oil.
  • Tiada bau yang tidak menyenangkan.
  • BFL Probiotic membantu menhalang pembentukan jerawat dari naik. 

Beli di TikTok, kena rajinkan diri join live untuk dapat harga murah. Kalau di drug store, harga lebih mahal. Alhamdulillah serasi dengan muka, jarang naik jerawat bila datang period.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com