14 Apr 2024

Pilih Bank Yang Sesuai Untuk Gaji

Assalamualaikum readers


Pilih Bank Yang Sesuai Untuk Gaji | Lama tak bersiaran, bulan puasa tahun ni slow sikit bab nak perah ayat untuk blog. Heh.. Ada terjumpa ilmu berkenaan gaji kita sesuai bank mana di FB? Alhamdulillah bila deleted yang lama buat baru, circle of friend pun less toxic jadi terjumpa lah posting yang bermanfaat macam ni.


Pilih bank yang betul dan sesuai dengan gaji sendirilah. Setiap bank lain cara kiraan dan maksimum Debt Service Ratio (DSR) pun berbeza sangat-sangat.


Bank A

Gaji RM3,500 ke bawah, 40% maksimum DSR

Gaji RM3,500 ke atas, 70% maksimum DSR


Bank B

Gaji RM2,600 ke bawah, 55% maksimum DSR

Gaji RM2,600 ke atas, 75% maksimum DSR


Bank C

Gaji RM3,000 ke bawah, 50% maksimum DSR

Gaji RM3,000 ke atas, 70% maksimum DSR


Jadi kalau gaji RM3,000 dan nak beli rumah dengan pembiayaan RM200,000 bank apa yang sesuai untuk dimohon. Katakan ada komitmen kereta RM400 sebulan. Ansuran bulanan nanti sekitar *RM1,000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun pada kadar 4.5%.


Bank A

RM3,000 x 40% = RM1,200

RM1,200-RM 400 = RM 800

Tak lulus sebab kurang daripada RM1,000


Bank B

RM3,000 x 75% = RM2,250

RM2,250-RM 400 = RM1,850

Lulus sebab lebih daripada *RM1,000


Bank C

RM3,000 x 70% = RM2,100

RM2,100-RM400 = RM1,700

Lulus sebab lebih daripada *RM1,000



Jadi tak payah lah buang masa mohon di Bank A, confirm tak lulus daripada kiraan DSR korang. Pilih bank yang sesuai dengan gaji sahaja. Tapi kena ingat, kalau tiba-tiba banker nampak kereta tertunggak, CCRIS habis lah.


Dari : Mortgage Sifu & Harith Faisal

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com