Assalammualaikum readers
Review KPop Demon Hunters (2025) | Filem yang menjadi trending no 1 di Netflix dan berjaya menarik ribuan penonton yang tidak minat KPop tetapi lepas tengok filem ini terus minat especially orang kulit putih.
Sinopsis :
K-Pop idol menjadi kegilaan dunia apabila Huntr/x yang dianggotai oleh Rumi (Arden Cho), Mira (May Hong), dan Zoey (Ji-young Yoo) sentiasa berada di tangga pertama dalam carta. Huntr/x bukan saja memburu hati peminat tapi mereka juga menjaga orang awam dari iblis yang mengambil jiwa mereka. Selain beraksi di pentas, Huntr/x menggunakan masa terluang memburu iblis yang bekerja di bawah Gwi-Ma.
Setiap generasi, pemburu iblis mempunyai satu misi untuk memcapai Honmoon, dimana mereka akan aman dan bebas dari gangguan Gwi-Ma selamanya. Usaha Huntr/x hampir berjaya tetapi suara Rumi bermasalah kerana corak iblisnya semakin banyak. Rumi merupakan anak kepada pemburu iblis+iblis. Setelah ibunya meninggal, Celine besarkan Rumi dan menjadi penasihat Huntr/x.
Celine minta Rumi rahsiakan identitinya dari semua orang termasuk Zoey, Mira dan Bobby, pengurus mereka. Kemunculan Saja Boys - Jinu, Romance, Mystery, Abby dan Baby, idol group yang ditubuhkan oleh Gwi-Ma menambahkan kerisauan Rumi.
Kekuatan KPop Demon Hunters terletak pada muzik album yang menyokong penceritaan. Kadang tak logik, kena menyanyi supaya Gwi-Ma tak makan jiwa manusia. Team Kpop Demon Hunters ambil masa selama 9 tahun untuk hidupkan dunia yang sentiasa bertarung dengan Gwi-Ma.
Dalam filem ini banyak menggunakan yang menarik dan elemen-elemen budaya Korea dalam persalinan moden. Pakaian Huntr/x walaupun ada banyak tapi tak pernah lupa selitkan budaya Korea macam Norigae di seluar Rumi, Mira dan Zoey. Norigae merupakan loket hiasan yang melambangkan kecantikan dan tuah.
Lightstick Huntr/x menggunakan corak Dancheong yang selalu ada di rumah ibadat atau senibina tradisi Korea. Senjata Huntr/x juga dari senjata traditional Korea Selatan.
Walaupun filem ini trending tapi penceritaan tentang Rumi dalam dunia Huntr/x dan Saja Boys pendek saja. Kenapa Rumi tak faham yang iblis pun ada perasaan sebab bapanya pun iblis. Jinu adalah penjelasan macam mana ibu Rumi boleh jatuh cinta dengan iblis.
Tapi endingnya, Huntr/x capai Honmoon dengan mudah. Kenapa Saja Boys hilang semasa berlawan. Semua jiwa yang diambil Gwi-Ma terus hilang dan dia tak boleh kawal Rumi. Apapun tahniah filem ini telah berjaya di USA, walaupun ramai tak suka KPop tapi lepas tengok filem ni jadi viral seluruh negara.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.