Assalammualaikum readers
Brazilian, Golden Kate And Green Kate Mango | Inilah usaha mak-mak nak perkenalkan bermacam jenis variati buah mangga kacukan. Sebab pokok mangga kampung dah tebang, last-last anak cucu kena beli buah mangga 😂 Tak kuasa nak soal Pak Tam.
![]() |
Last jumpa buah ni bulan Ogos 25 |
![]() |
Dia sorang boleh habis 1 pinggan |
Sepanjang membesarkan Harraz ni, dia tak berapa suka buah yang ada serat, mangga kampung kan banyak serat last-last dia suka Mangga Brazil. Dah la buah import semuanya bermusim, jenuh satu-satu kedai Nina cari tak jumpa. Lastly jumpa 2 jenis variati baru di Lotus.
Green Kate Mango
- asalnya dari USA dan dibawa ke Yanbian, China, diperkenalkan pada tahun 1995 oleh pakar-pakar Israel untuk tujuan penanaman.
- buah yang tinggi dengan kulit berwarna hijau sedikit kuning apabila matang, isi yang penuh dan kuning pekat, berair, rendah serat dan rasanya yang manis dan sedap. Buah matang dari bulan September-Oktober.
Golden Kate Mango
- Buah yang besar, manis dan berair dari Filipina. Kaya dengan vitamin, antioksida dan mineral. Ia sesuai dimakan begitu sahaja atau di letakkan dalam dessert.
- rendah serat, ada Vitamin A & C, potassium. Bagus untuk kesihatan, membantu rendahkan tekanan darah dan kolesterol.
![]() |
Variati Palmer, masam manis dan isi buahnya padat dan sedap, tiada serat! Tiada istilah terlekat celah gigi. Fav Nina dan anak. Last jumpa bulan Jun 25 |
Brazilian Mango
- berasal dari Brazil, ada 3 variati buah tropika iaitu Tommy Atkins (merah+hijau pada kulit buah), Palmer (kekuningan kemerahan, masam manis isi buahnya), Kent (hijau kemerahan, manis dan rasa buah tropika).
- mangga Brazil unik kerana tanah tropika dan kesuburan air hujan membuatkan buah mangga membesar sehingga 1 kg di sana.
- buah yang kaya dengan Vit C & A (beta-carotene) dan potassium.
- musim buah di Brazil bermula dari Oktober-Januari setiap tahun.
Kadang kena educate diri sendiri, tanya penjual buah dia belum tentu tahu, yang dia tahu jual buah mangga 💁 at least hang study lah jual buah apa, senang sikit nak promote buah tepi jalan. Dalam Econsave lagi teruk letak nama buah dari China.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.