10 Sept 2025

Genting SkyWorlds

Assalammualaikum readers


Genting SkyWorlds | Dari suites kami sayup-sayup boleh nampak Genting, terus hubby cakap, last day kita naik atas tengok apa yang patut, petang terus balik Penang. Nina pun onz, laki pun tau bini dia tak pernah jejakkan kaki lagi. Anak pi 2 kali dah 😂



Nina syak apek Axia biru ni bukan nak berak tapi dia kalut nak pi main judi kot. Suka cucuk belakang kereta, sapa kata Axia tak power.

Cuaca elok nampak semua hotel-hotel yang ada

Lenggang tapi di atas tidakkk


Pagi tu bangun awal sikit, Harraz nak mandi pool katanya. Layankan saja, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami sampai Genting Highlands. Alhamdulillah cuaca terik sebab di KL, asal malam hujan. Park di GPO, terus beli tiket cable car. Disebabkan kami pi hari Khamis, ingatkan tak ramai di atas rupanya sangkaan meleset. Ramai dengan pelancong especially Indonesia dan India.




Nak masuk main indoor, tanya Harraz, dia kata nak, jalan sampai entrance, noh kena beratur panjang. Ini kalau masuk bukan setakat tak jumpa jalan keluar, tak jumpa jalan balik ke rumah 😅 Takda rezeki kami nak main outdoor sebab nampak dari cable car tengah buat renovation lantai agaknya. Kalau betul-betul nak main, wajib book awal di Klook. Lebih murah dari kaunter.



Kalau dah sampai Genting wajib selfie kat sini tapi ditutup


Harraz paling seronok dapat baju & aiskrim BR



Dah puas jalan, patah balik naik cable car ke GPO, cuci mata kot-kot ada baju yang berkenan di hati tapi tak ada yang menarik kecuali baju kanak-kanak. Settle beli baju Harraz, kami pun gerak balik.


Buy 3 free 1. Di Design Village pun takda sale macam GPO ni

Dari Shell Pekan Batang Kali boleh nampak Genting

Highway Slim River


Berakhir sudah entri jalan-jalan KL-Genting bulan 1 tahun ini. Ada rezeki anak, InshaAllah boleh bawa jalan lagi. Itu pun kalau tak ngandung anak no 3 😁 Hahahaha 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com