6 September 2013

Lulus Test JPJ Kereta ! Yeayyy



Assalammualaikum buah hati.


Pertama sekali.. Syukur Alhamdulillah. Harini dalam sejarah lulus test JPJ kereta dengan hanya sekali saja ujian. Wahh.. Tak sangka kau nina boleh drive kereta manual. Kalau dulu nampak gear mesti takut sekarang suka hati tak terkira. Next week dapat la tengok muka aku yang comel tu kat lesen dengan tanda P. Ngeh..ngeh. *Hidup kalau tak perasan tak boleh jugak. Haha.. Sebenarnya harini nyaris-nyaris tak dapat test T____T 






Pagi tadi dengan perasaan gelabah aku terlupa nak bawa IC dan lesen. Sampai driving school baru perasan. Hah amekaw! Excited punya pasal. Nasib baik ayah tak terus pegi kerja, dia balik rumah dan bawa ic, lesen aku. Tengs ayah! Lepas nie kita drift 2 beranak oke. Dapat lesen terus daftar nama sebelum masuk bilik untuk dengar ceramah. Tengok angka giliran yang ditampal menunjukkan aku orang yang ke 42 (tak boleh blah pakai name tag no besar punya).



Bilik ceramah




Masa dengar ceramah tu, jiran aku suruh tanya soalan pulak. Aku jelah yang nak tanya pun orang lain senyap je. Ohh.. jiran aku kata pegawai jpj tu hensem. Yea.. boleh tahan jugak. Haha. Tengah tunggu turn boleh la tengok orang bawa traktor dengan lori kena test. Maka tibalah giliran aku. Dapat kereta kancil baru la jugak janji stereng, gear dan cluch tak ketat. Aku merasmikan dulu. Hoho.. Tiba kat bukit tu nampak pegawai jpj hensem yang aku tanya soalan tadi. Dah angkat tangan, dah nak turun bukit baru nak tanya no giliran. Saja nak mengusik lettew. Takpa aku senyum lebar. Settle parking dengan 3 penjuru. Tunggu turn test bahagian jalanraya pulak. 



Lama tak makan KFC Set A nie . Nyummy



Oke lah, nanti nak story peristiwa bersama pegawai tester tu. Sebelum balik rumah, singgah KFC, tapau makanan. Baru terasa lapar. Harini terpaksa balik naik bas dengan jiran. Kaum lelaki pegi solat. Bila cerita kat my mum, punya gelak mengekek. Seyes lawak dan takkan dapat dah lalui peristiwa macam tadi pagi. Harap-harap kengkawan yang test sesi ke 2 selepas solat Jumaat nanti lulus jugak dan semoga mereka tak perlu buat test semasa hari hujan. Sekarang setiap petang mesti hujan lebat. Stay Tuned :)



Notes:
Tak susah nak lulus test JPJ janji hafal step dan jangan gelabah. Pandu dengan berhati-hati kecuali tester suruh kita laju. Laju jelah.. Bagi perempuan tak perlu nak menggatal dengan tester. Cukup kita beri senyuman dan rajinkan untuk menyembang kalau tester suka sembang. Cuma senyum dan pandang lama-lama. Oke, jujur ;)  

43 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. taniah dah berjaya. saya belum lagi. hehehe. awak, jemput join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html

Khir Khalid said...

Tahniah.. lepas ni bnyk tempat dah boleh jelajah hihii :)

Liza Razak said...

wahhh...dah lulus ! congrats sis..lps ni bolehlah ronda2 mkn angin bwk kereta sendiri :)

Aisy Nasiha said...

Wah..tahniah dapat lulus.. Dah boleh merempit lah tu..syokkan perasaan ni? Cayalah sekali je dah lulus. Akak dulu dua kali.. Kali pertama gagal ujian bukit...tu yang jadi benci kereta manual..takut terundur lagi.

Kathy Rbain said...

tahniah ye sis...kathy tumpang gembira..kiriman dah sampai..?

||aLeaSaRa|| said...

wah tahniah sis nina.lepas ni jangan lupa hati2 drive dan sebelum masuk simpang,bagi signal tau he3..

p/s--> kenangan kak lea dulu2,kantoi test pertama sebab bukit.kali ke-2 pulak lulus,mungkin disebabkan terkejut tengok pegawai jpj kat bukit tu hensem he3...

Bin Muhammad said...

Tahniah...Jadilah pemandu yang cekap tapi sopan dan menghormati orang lain semasa di jalan raya. Selamat memandu :)

P#eoniX said...

tahniah!!!!hehehehe...boleh ge jenjalan pas neh...hehheeh...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tahniah nina.. :D

S.K.A said...

btol notes 2 =) alhamdulillah..lulus pn..ho3..tahniah2..

Murni Alfathunnisa said...

tahniah sis nina..lepas ni ada orang 'gila stereng' la...hikhik.

eh kfc dalam bowl tu akak pun suka tau..especially time tak sedap badan nak makan yang tak berapa pedas.

Zawiah said...

beruntungla guna kancil . masa akak dulu test guna datsun / nissan buruk tau ...

deno said...

wahhh.... tahianh dear :)

p/s: nina belum dapat doodle drp deno eh? sori deno pun dah lupa.. sori2.. nanti deno buat yg baru untuk nina sbb doodle deno skrg dah upgrade sikit... hihi^^

Miss Volvo said...

nak berborak boleh je tapi kepala pandang depan je :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah ya dah lulus.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya dah lulus! kita belum buat lagi. hahahahaha.

Raudzah Z said...

Tahniah nina...

S.K.A said...

he3..btol 2 =) yg pntg kna cool dn igt step..bru llus..nsb baik dpt jpj ok..kalau x susah jgak nk llus..

munna said...

tahniah nina... kak munna dulu utk jlanraya kena repeat sekali baru lulus

Nrl Ndh said...

saat mendebarkan . hehe

Khai♥Rin : anies said...

pasni leh amik lesen kete kebal plak ;-)

Amanina Mads said...

Waalaikummussalam. terima kasih awak. cepat2 la amik lesen tau. hehehe
sudah join.. tengs sbb jemput :)

Amanina Mads said...

terima kasih.. hehe mesti lah jelajah :)

Amanina Mads said...

thank you sis! mesti la ronda2 makan angin. hehe :)

Amanina Mads said...

terima kasih.. beleh buat macam2.. Alhamdulillah bukit sekali je dh lepas. takut juga kt bukit tu byk org terkandas

Amanina Mads said...

terima kasih sis.. dh sampai dgn selamat. hehe

Amanina Mads said...

terima kasih kak lea.. in shaa allah nk jd pemandu berhemah. hehe.. takut kena saman pulak.

wahh.. kak lea pun kandas kt bukit ye.. ha'ah la kt bukit mesti pegawai jpj hensem mesti ada. hehe

Amanina Mads said...

terima kasih.. In Shaa Allah, sy akan ikut nasihat BM tu :)

Amanina Mads said...

terima kasih!! boleh jenjalan ke mana2 saja. hehehe

Amanina Mads said...

terima kasih akak :D

Amanina Mads said...

Hehehe.. notes xboleh pakai =) Alhamdulillah kan. terima kasih fais

Amanina Mads said...

terima kasih sis murni.. ohh jgn la sampai macam tu. hihihi

Ha'ah akak.. best makan nasi bowl tu panas2

Amanina Mads said...

untung la juga walaupun kancil tu takda power stereng. yeke akak.. mak aii susahnya

Amanina Mads said...

thank you dear :)

p/s: Tengs juga sbb buatkan doodle baru utk nina.. hihi ^^

Amanina Mads said...

Yup.. borak tp mata tgk depan. kang drive ke laut :D

Amanina Mads said...

terima kasih..

Amanina Mads said...

Waalaikummussalam.. amek la lesen cepat2.. hehehehe

Amanina Mads said...

terima kasih raudzah..

Amanina Mads said...

Alhamdulillah la dpt jpj yg ok dan xbanyak songeh.. hehehe =)

Amanina Mads said...

terima kasih kak munna.. ohh, tp nasib baik kak lulus juga.

Amanina Mads said...

betol2.. hehe

Amanina Mads said...

wow! kalau ikutkan semua lesen nk amik ;) hihi

Yun Sing said...

Kehkehkeh.. teringat kat bro yang kerja kat i-city Shah Alam tuh.. takleh blah.. semua pakat buli kami.. kami pakat baling salji kat diaorang dan lari xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com