Assalammualaikum readers
Review Filem : Dasim (2025) | Yang belum tengok wajib tengok especially seorang isteri amat mudah kena gangguan dari jin Dasim. Jika mahu rosakkan rumahtangga, rosak dulu isteri/ibu. Dalam filem Pengantin Setan, isteri lebih selesa bersama Jin Dasim apabila diabaikan oleh suami tapi dalam filem Dasim, lebih kepada iri hati manusia menyeru jin untuk merosakkan perkahwinan pasangan suami isteri muda ini.
Dasim : Salah seorang daripada 5 anak lelaki iblis. Tugasnya adalah menghasut suami isteri agar bergaduh dan akhirnya bercerai. Perosak rumahtangga no 1!
Sinopsis :
Salma (Zulfa Maharani) dan Arman (Omar Daniel) baru sahaja berkahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama. Sejak berhenti kerja untuk menjadi suri rumah, Salma kerap diganggu oleh mimpi menakutkan. Arman mengajak Salma berpindah ke rumah ibunya, Lastri (Meriam Bellina) supaya Salma terjaga, di rumah Lastri ada juga pembantu, Sumi (Yati Surachman).
Malangnya, hal yang sama berlaku apabila Salma masih bermimpi dan mendengar bunyi-bunyi aneh di rumah Lastri. Kerana geram tiada siapa yang mempercayai, Salma mengadu dengan Diah (Dinda Kanyadewi), wanita yang tinggal di hujung kampung. Hanya Salma yang nampak Diah.
Salma mula mendengar kata-kata yang tidak manis dari mulut ibu mertuanya. Bila ke pejabat Arman, Salma akan nampak model cantik untuk projek terbaru Arman. Salma syak suaminya ada hubungan sulit dengan model itu. Walaupun Salma dan Arman menjaga solat tapi disebabkan terlalu baik dan tak menjaga batas dengan orang luar, punca rumahtangga retak. Sempat diselamatkan oleh Kiai Hassan (Arswendy Bening Swara), penjaga Salma sejak kecil dari sekolah pondok.
Lakonan semua pelakon baik, cuma watak Salma kurang menjadi. Dia anak jagaan Kiai Hassan tapi bacaan Al-Quran dan ayat lain berterabur, bacaan Arman pula lancar sedangkan orang biasa. Patut ambil pelakon yang lancar bacaannya. Saiz kandungan Salma di setiap watak juga berlainan 🤣
Babak kitab Kiai Hassan kena koyak pun menimbulkan pertanyaan. Kenapa kitab itu? Orang yang koyak kitab itu membesar di pondok yang sama dengan Salma? Apa motif buat Salma dan Arman bercerai? Semuanya tergantung. Dalam Pengantin Setan pun tak ada babak cara mengusir Jin Dasim dari rumah atau pengarah ada plan nak buat sambungan.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.