25 Oct 2025

Review Filem : Telaga Suriram (2025)

Assalamualaikum readers


Review Filem : Telaga Suriram (2025) | Saat terpandang keluar iklan filem ini di Netflix terus tengok sebab barisan pelakon-pelakon mantap dan senior antaranya Scha Alyahya, Maya Karin dan Nabila Huda. Ada beberapa scene Telaga Suriram ada 18sx, dah macam filem seram Indonesia.



Sinopsis :


Mengisahkan misteri tentang kehilangan Suriram (Puteri Rafasya), seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan merupakan anak perempuan tunggal pasangan Rohaya (Maya Karin) dan Sopiyan (Fauzi Baadilla). Suriram banyak menghabiskan masa bersama Maimon (Nabila Huda), gadis lembam dan bisu, anak kepada Mak Tijah (Ellie Suriaty), seorang dukun di Kampung Chendana.



Inspektor Kamilia (Scha Alyahya) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Suriram sebaik saja di pindahkan ke kampung tersebut. Hari pertama sampai di kampung dia sudah diganggu oleh roh Suriram yang membawa dia ke gua. Di sana dia bertemu Zakir (Farid Kamil), anak kepada ketua kampung iaitu Haji Mulok (Zack Zabhas).



Sejak kehilangan Suriram, orang kampung mula diganggu oleh kejadian-kejadian pelik sehingga Manisah (Sri Idrina) memberitahu bahawa Maimon orang terakhir bersama Suriram pada malam kejadian. Orang kampung yang marah diganggu mengambil tindakan mengurung Maimon di dalam sangkar sementara polis melakukan siasatan.



Di scene terakhir mula nampak perangai masyarakat tentang Maimon yang sebenarnya bukan lembam tapi ada penyakit PTSD selepas dirogol oleh budak-budak nakal setelah sekian lama dipendam dia jadi selective mute. Sebab itu ada babak dia bercakap, ada masa dia banyak diam.


Landskap semulajadi di negeri Perlis, Kedah dan Perak yang ada dalam filem antara faktor yang menghidupkan suasana Kampung Chendana. Cuma mesej yang pengarah nak sampaikan pada penonton tu tak sampai, skrip lemah.


Bila dapat tahu siapa yang bunuh Suriram tu, boleh nampak related dengan kes jenayah di Malaysia yang banyak tak dapat pembelaan sebab ada kaitan dengan orang yang ada pangkat dan harta. Babak Zakir dan Rohaya di Telaga Suriram membuatkan penonton teringat filem Lagenda Budak Setan 3 sebab chemistry mereka masih ada walau lama tak berlakon bersama.


🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com