31 Oct 2025

Genap Setahun Arwah Mak Meninggal

Assalammualaikum readers


Genap Setahun Arwah Mak Meninggal | Cukup sebulan dalam jagaan, Allah ambil semula. Alhamdulillah walaupun Nina dan hubby resigned, segala makan, minum cukup buat kami, bil-bil mampu bayar. Paling tak disangka, sepupu hubby kirimkan stok susu dan keperluan lain. Nak bayar, katanya sedekah.


Terima kasih kak Inaz

Kak Inaz kerja company supply barang medical untuk hospital area KL dan Selangor. Semoga murah rezeki dapat tender di hospital negeri-negeri lain.


Genap 365 hari hilangnya doa dan pelukan seorang ibu 😭 Hari-hari terakhir sebelum meninggal dah nampak tanda-tanda arwah akan "pergi" tapi fikir positif. Antara tandanya :


- Setiap kali minum susu, mesti susu keluar semula, badan dah bagi hint tak terima makanan

- Banyak tidur

- 2 hari sebelum meninggal, dah tak buang air besar

- Biji mata ke dalam dan telinga jatuh


Lupa siapa bagi sumbangan. Beras tak boleh makan langsung, hancur dan ada kutu

5 Nov - Hari ke 6 mak meninggal, orang yang bagi bantuan, minta Nina pulangkan semula 🤣 buruknya perangai


Pagi 31 Oktober 2024 (Khamis), lap badan, tukar pakaian dan bagi minum susu macam biasa, pukul 3 petang, cakap kat bapa tolong tengokkan mak sebab Nina dan hubby keluar ke dobi, time tu beberapa hari hujan.


Settle dryer 2 bakul baju, tak tunggu di dobi terus balik. Sampai di rumah, tengok mak "macam" tidur, hingga perasan tak dengar bunyi nafas (biasanya bunyi nafas kuat), tatap muka, ada kesan air mata macam baru lepas menangis tapi dah tak bernyawa. Allahuakbar betullah masa kematian tiada siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu pukul berapa mak meninggal 💔


Inform jiran, hubby call hospital dan mama mentua (family in laws on the way balik dari makan), beberapa minit kemudian, MO datang sahkan kematian barulah hubby ke balai polis. Ralat sangat sebab hasrat nak kebumi mak lepas solat Jumaat tak kesampaian atas desakan keluarga angkat mak nak percepatkan proses pengkebumian tak kira malam atau subuh. Kami laki bini taknak gaduh, sedangkan family side bapa ada yang tak dapat balik disebabkan keputusan tergesa-gesa.



Sepupu Nina pandai urus jenazah, dia ambil kursus, alhamdulilah kalau ada keluarga meninggal dia akan urus. Ada masa dan rezeki, nak attend kursus jenazah.

9.21 pm - Baru tahu, kawan mengaji dari umur 8 tahun jadi tukang gali kubur (part-time). 


9.42 malam, selesai kebumi. Nina dan suami akan ingat sampai bila-bila orang yang hadirkan diri dari masjid ke kubur, habis baca talkin baru pulang. Fardhu kifayah ni besar pahalanya.


9.42 pm - Selesai kebumi dan sedang baca talkin

Yang ikut ke kubur : hubby, bapa, paksu, sepupu, mama dan abah mertua termasuk suami jiran sebelah dan ustaz. Orang-orang yang beria suruh kebumi tak datang pun.

Rumah baru mak


  
Keesokkannya, 1 Nov 2024 kami 3 beranak ke UTC Komtar uruskan sijil kematian. Baru rasa perasaan pulangkan IC dan digantikan dengan sijil tu. 



4 Nov - Hari isnin baru ke UTC ambil sijil kematian, hubby photostat IC lama buat kenangan



Sepanjang 365 hari tulah terfikir cukup kah amalan arwah? Adakah Nina dah buat yang terbaik selama sebulan jaga arwah, sumpah letih, hinggakan lepas seminggu mak tak ada, hubby bawa jumpa fisioterapi betulkan tulang belikat, susah nak bernafas. Hari-hari angkat arwah untuk tukar pampers dan pakaian. Sebagai anak, kenalah buat pahala-pahala yang lain sebagai "bonus".

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com