10 November 2017

Resepi Sotong Goreng Tepung


Assalamualaikum Readers 😃

Resepi Sotong Goreng Tepung | Lama tak share resepi. Ada main masak-masak tapi lupa nak snap gambaq. Sabtu lepas, pagi sebelum hujan lebat selama 15 jam tu, sempat ke Pasar Awam Seberang Jaya borong ikan kucing, stok ikan dan sayur. Nampak sotong terus beli sebab dah lama tak makan.


Sotong goreng tepung



Asyik makan kedai, buat sendiri pun boleh. Makan panas-panas ranggup, dah sejuk tak best, liat nak kunyah. Nak makan kena rajin ler 😆


Sotong gemok sebab ada telur


Bahan-Bahan : 

Sotong
Garam
Telur
Serbuk Paprika (nak lebih pedas)
Tepung Adabi Goreng Ayam
Sedikit Lada


Cara-Caranya :


1. Potong sotong kepada bahagian kecil


2. Rebus sehingga kembang, jangan lama sangat (supaya masa goreng, minyak tak neletup)


3. Pukul telur. Ikut suka berapa biji


4. Sediakan tepung goreng, garam dan lada. Gaul kesemuanya


5. Celup sotong dalam telur, celup tepung dan goreng.. Dah siap !


Tepung goreng ayam Adabi. Semua benda boleh goreng

Celup tepung dan telur baru goreng


SELAMAT MENCUBA 😀

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

dear anies said...

mkn kat kedai mahal... so buat sendiri lg puas hati sedap x sedap blkg kira

Intan Saffyna said...

yumyum..sedap pulak tengok sotong tengah malam.. hehe

anak denesor said...

amboi cik nini..sedap nyaaa...da lama tak jenguk..wahh cantiknya blog

hainom OKje said...

Wahhhh Nina..... Dah boleh kawenlah kalau dah terer masak macam ni hihi....Kalau makan seafood kat kedai ni salah satu menu wajib ni

ayunie ramli said...

mek pun suka buat sendiri juga sbb boleh mkn bnyk ! hahaha

Jari Manis said...

Tlg masakkan boleh 😬

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Cara penyediaan sotong goreng tepung ni memang mudah , tapi CCL lebih suka beli dikedai , bukan apa malas ha nak kena hadap proses merecik-recik minyak tue

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com