Salam Readers..
Review Filem The Lone Ranger (2013) | Weekend dan menjelmakan diri mengikuti kisah abang Johnny memang layan habis. Yelah tak sempat tengok bulan Julai tahun lepas sibuk dengan Internship. Orang lain dah khatam movie ni aku baru nak tengok ulangan buat kali ke 2. Itu lah untungnya beli DVD. Hihi.. Serius lawak tengok Johnny dan kuda putih tu. Itu yang bestnya filem kalau ada Johnny Depp! Terasa ada aura Pirates and the Carribean.
|
The Lone Ranger movie poster |
Sinopsis The Lone Ranger :
Pada permulaan cerita, ada sorang budak ni datang ke fun fair dan tengok Tonto (Johnny Depp) tengah pegang kapak. Agak seram bila budak tu tengok mata Tonto ni bergerak-gerak, maka dari situ bermula kisahnya... Tonto menceritakan semula kisah 2 orang Lone Ranger ketika dulu.
Filem yang berlatarbelakangkan zaman Wild West (Barat Bebas) dalam usaha pembinaan landasan keretapi merentasi benua dan pengaruhnya ke atas pembangunan US semasa zaman Red Indian. Apatah lagi dengan penemuan lombong perak di kawasan puak Comanche yang membolehkan perak dibawa keluar dan dijual dengan harga tinggi di pasaran.
|
Texas Ranger menunggu keretapi |
|
Konco2 Butch nak larikan dia |
|
Tonto dan John |
John Reid a.k.a The Lone Ranger (Armie Hammer) yang baru habis belajar dalam jurusan undang2 dan dalam perjalanan pulang ke Texas. Gerabak yang dinaiki turut membawa penjenayah paling merbahaya/jahat dan suka makan jantung si Butch Cavendish. Pada masa yang sama, Tonto turut ada sekali atas gerabak tu sebab nak menangkap Butch yang dah bunuh puak dia, Comanche.
Nasib mereka berdua baik sebab ada abang John. Kemuncak perubahan The Lone Ranger apabila semua Texas Ranger termasuk abangnya, Dan Reid diserang hendap oleh konco2 Butch dan dibunuh kejam. Butch mengambil jantung abang John. Adanya mastermind disebalik kejahatan Butch. Sakit pula hati kite bila teringat datuk bandar gatal tu.
|
Kuda bernama Silver ni memang kelakar |
|
Mereka dalam perjalanan mencari konco2 Butch |
|
The Lone Ranger letupkan landasan keretapi |
Kemudian John diselamatkan oleh Tonto. Dah hampir nak kena tanam boleh pulak pegang tangan Tonto. Jadi kepala John kena lempang. Nasib baik kuda putih bernama Silver tu datang. Kalau tak, dah jadi mendiang si John. Mereka berdua ni memang bergaduh macam anjing dengan kucing. Gaduh2 pun kelakar.
Kalau nak bunuh Butch Cavendish kena guna peluru dari perak kena tepat di jantung. Ada macam sumpahan dari puak Comanche. John juga perlu selamatkan isteri mendiang abangnya dan anak saudara yang diculik datuk bandar. Dia dan Butch rupanya adik beradik. Banyak scene lawak yang buat aku tergelak banyak kali. Hehe..
|
BBQ arnab gurun. Hehe |
|
Terima rasuah datuk bandar |
|
Kena tanam dengan red indian |
|
Ibu ayam dengan kaki yang kena potong dengan Butch |
Antara scene lawak dalam movie ni rabbit gurun yang karnivor! Kuda Silver tu tetiba ada atas bumbung bangsal. Haha.. Si john ni boleh tahan banggang jugak lah. Boleh tanya kuda tu memang terbang ke? Sekali kena 'Don't be stupid' dengan Tonto, lepas diorang lari dari lombong dan terjun sungai sampai naik ke darat nampak pula Silver tu dok atas pokok tengah makan daun siap pakai topi John. Nak cerita lebih, toksah. Baik korang pi download. Heheee...
5/5*
cha baru tgk je tengah hari tadi.. seyes kelakauu gilaa n love jonny dep much ! hikkhik
ReplyDeletealamak...actually, saya dah hampir lupa akan kewujudan citer nie..waktu dorang tgh screening citer nie kebetulan memang time tu tgh sibuk giler sampaikan takde masa free nak tgk wayang..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Mesti ketawa sorg2 bla tgk cite ni kn...
ReplyDeleteMacam best :)
ReplyDelete