Assalamualaikum Readers
Kelonggaran SOP COVID-19 | Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah umumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022.
1. TAKBIR HARI RAYA
• Dibenarkan buat di masjid dan surau.
• Dibenarkan rumah ke rumah TETAPI perlu sentiasa memakai pelitup muka.
• Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai.
• Digalakkan hanya individu tanpa gejala dan lengkap vaksinasi untuk menyertai.
2. SOLAT SUNAT HARI RAYA
• Dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti 100%.
• Semua Jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa berada dalam masjid atau surau termasuk semasa sedang solat.
• Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
3. KAWALAN PENULARAN DAN JANGKITAN
• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau atau rumah terbuka dan majlis hari raya.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
4. ETIKA JEMAAH
• Elakkan 3S
• Amalkan 3W
• Galakkan wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri.
• Masuk ikut giliran untuk mengelakkan kesesakan.
• Bersurai dengan tenang.
5. JAMUAN SELEPAS SOLAT DI MASJID ATAU SURAU
• Dibenarkan
• Digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
6. PROGRAM ZIARAH
• Dibenarkan
• Digalakkan memakai pelitup muka ketika ziarah.
• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir atau menyertai program ziarah.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
7. ZIARAH TANAH PERKUBURAN
• Dibenarkan
• Digalakkan memakai pelitup muka.
• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan melakukan ziarah tanah perkuburan.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
8. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (INDOOR)
• Dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka.
• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
Baca juga Imbasan kod QR MySejahtera tidak wajib bermula 1 Mei, 7 fakta mengenainya
9. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (OUTDOOR)
• Dibenarkan
• Digalakkan memakai pelitup muka.
• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.
• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.
Jadi, sama-samalah #kitajagakita walau di mana sahaja berada. Beraya, ziarah-menziarahi, ingat juga diri sendiri ya!
Jadilah raya ya... heheheee
ReplyDeletesmoga lps ni kita bole hidup mcm biasa..mcm dlu2
ReplyDeleteSemoga semua akan mematuhi SOP.. Sama-samalah kita jaga kita..
ReplyDeleteAlhamdulillah..banyak kelonggaran sop sekarang. Harapnya kita jaga kita dan tak leka jaga SOP.
ReplyDeleteRamailah nanti orang buat majlis outdoor sebab tak payah pakai facemask.
ReplyDeleteItu lg takut.. dh pernah kena covid ni lg kena berjaga2
DeleteAlhamdulillah.. namun harap semua masih berjaga-jaga juga..
ReplyDeletewalaupun dah ada kelonggaran tp sy ttp pakai mask jg esp tempat yg ada lbh drpd 4 org...tampak leceh tp kesihatan diri lebih utama
ReplyDeleteAlhamdulillah. raya tahun ni kita diberi kelonggaran.
ReplyDelete