24 Nov 2022

Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan

 Assalamualaikum readers


Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan | Semalam keluar beli barang, hubby ambik cendawan masuk dalam troli. Tengok dia dan mak, emang kaki cendawan. Yelah jodoh kita ni sedikit sebanyak akan sama dengan parent gitu. 




Cendawan ni suka goreng tepung ratah gitu saja sambil tengok tv. Banyak dijual cendawan atau kulat dari luar negara seperti Jepun. Bukan semua cendawan boleh di makan. Ada jenis beracun. Meh nak kongsikan cendawan yang pernah dimakan dan di masak kecuali di tanam sendiri 😎


1. Cendawan Kukur



Cendawan kukur ini dimakan secara masak lemak ataupun digoreng. Ia tumbuh meliar di atas kayu mati dan senang dijumpai. Kalau pi ladang getah banyak cendawan ni. 


2. Cendawan Taugeh/Tali atau busut




Cendawan berbentuk payung berwarna putih keperang-perangan. Biasanya di makan secara goreng atau rebus.


3. Cendawan Tiram


Nasi goreng cina pagi ini, letak cendawan tiram celup tepung. Salah satu fav hubby


Satu jenis cendawan yang boleh dimakan dan ditanam di Asia sejak dulu lagi. Digunakan dalam masakan Cina dan Jepun.


4. Cendawan Butang/Shitake



Cendawan ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara, kini ia cendawan paling banyak ditanam di seluruh dunia. Nina suka masak letak dalam pasta atau masak ayam kicap shitake.


5. Cendawan Enokitake



Ia berbentuk panjang berwarna putih seperi tauge. Enokitake dikenali sebagai cendawan musim sejuk atau pinang emas.


6. Cendawan hitam


Ia lembik dan berwarna coklat, tapi bila dikeringkan jadi warna hitam. Cendawan ini sedap dimasak sup bersama suhun dan fucuk. Pernah makan di restoran cina muslim.


Ini sajalah cendawan-cendawan yang pernah Nina makan. Cendawan yang tumbuh meliar tu jangan lah sebarangan kutip dan makan.


8 comments:

  1. suka semua mushroom...but yg kureng shitake la kot, sbb bau dia kuat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau shitake memang kuat, sebab tu kena goreng dahulu atau rebus

      Delete
  2. Sukaaaaa mkn semua jenis cendawan esp kalau ada dlm sup

    ReplyDelete
  3. teringat cendawan, mesti teringat ada 1 drama melayu lama kat tv. ada 1 family tu kutip cendawan utk buat lauk. end up anak2 dia mati sbb cendawan yg diorg mkn tu baru disembur racun rumput. sadis betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ada satu drama mati mkn cendawan.. tak pastilah kisah benar ke tak

      Delete
  4. Saya pun peminat cendawan. Kadang suka ratah gitu je kalau masak. Cendawan butang saya suka makan kering lagi daripada fresh gitu sebab bau dia agak kuat juga kan.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com