Assalamualaikum readers
Makan Best Di Sham Hammer Ikan Bakar Special, Penang | Kalau kami laki bini memang tak makan sini melainkan FIL belanja 😂 Ini pun bawa aunty Da dan uncle makan malam sementara tunggu naik flight balik KL. Paling kami suka ikan bakaq di Teluk Tempoyak tapi disebabkan susah nak dapat parking maka abaikan. Makan di sini tak pernah yang tak sengkak perut, macam mengandung 7 bulan rasanya. Haha
|
Tadaaa.. pilih Set D (4-5 orang - RM 185.50) termasuk 7 pinggan nasi putih + 1 jug jus oren & 1 jug air kosong |
|
Haruslah jadi model |
Sham Hammer Ikan Bakar Special ni terletak depan pulau Jerejak dan dekat dengan Queensbay Mall. Memang layan makanan sambil kena angin laut. Nak makan di sini selepas maghrib kena tunggu lama dan meja pun penuh. Kalau nak makan seeloknya book dulu. Selamat sikit dan makan pun dengan selesa. Meh tengok menu-menu dalam Set D yang FIL pilih.
|
Ayam Sour Plum |
|
Sotong Goreng Tepung |
|
Kepah Masak Pedas |
|
Telur Bistik kalau tukar huruf M tak ke seram |
|
Kangkung Goreng Belacan |
|
Sup Tulang |
|
Siakap Bakar |
|
Jenahak 3 Rasa |
Bila sampai terus duduk, punggung pun tak panas lagi, makanan dah sampai, tak perlu tunggu lama. Ada bermacam menu ikan bakar. Buat pilihan yang bijak. Hehe.. Kalau singgah Penang, masuk ke Pulau ni jangan lupa terjah sini.
p/s : gambar semua dari cousin hubby, sedang encourage dia untuk buat vlog jjcm 😆
Banyak lauk. Berpatutan harga.
ReplyDeleteNasipun letak dalam bekas boleh cedok banyak mana.
Boleh tahan gak harga tapi kalau sedap berbaloi la
ReplyDeleteFuh…telan air liur sambil scroll. Haha..
ReplyDeleteTeluk Tempoyak tu akak pernah pergi sekali, memang susah bab parking.
Kalau nak makan di Teluk Tempoyak kena naik moto
DeleteSelamat menjamu selera!
ReplyDeleteTelan air liur tengok ikan siakap bakar tu nina. Kepah pun lama tak makan. Tempat ikan bakar ni semua menu pun menyelerakan kan.
ReplyDeletetengok hidangan semua menarik..masa adik akak duk sana xde plak dia bawak makan kat sini, ke sebab dia pun x lama duk sana kot...x sempat nak explore
ReplyDeleteTak sempat explore tu akak. banyak sangat tempat makan
Deletesemuanya sedap2 belaka harga pun berpatutan👍👍👍
ReplyDelete