1 Jul 2022

Resipi Nasi Daging Utara

Assalamualaikum Readers


Resipi Nasi Daging Utara | Lama tak share resipi kan. Walaupun sekarang masak on off tapi niat di hati nak jugak masak menu-menu baru. Lama resipi ni dalam draft sejak dari tahun 2019 😂😂 Ambil dari mak sambil tu belajar cara-cara masak nasi daging ni. Harap-harap bila masak sendiri menjadi lah.


Resipi Nasi Daging Utara Mudah


Usahlah percaya dengan portion nasi ni


Nak masak nasi daging ni tak lama, yang lama tu part nak merebus daging sampai lembut dan empuk. Nina jenis tak makan daging yang ada urat saraf bagai. Suka yang isi semata-mata. Bila makan terasa sooo juicy. Meh nak share cara-cara. 




Bahan-bahannya :


1/2kg beras basmathi

2 sudu besar rempah kurma

1/2 cawan susu cair

1 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 tangkal daun pudina

1 helai daun pandan

Sedikit halia, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga


Caranya :


1. Rebus daging sehingga empuk dan lembut dan asingkan.


2. Tumis bawang bersama halia, bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga naik bau.


3. Masukkan daun pandan, daging bersama air rebusan dan beras yang telah dibasuh.


4. Masak sehingga nasi mendidih. Masak di dalam rice cooker amat mudah.


5. Nasi sudah masak, taburkan daun pudina. 




Resepi Air Asam Tomato :


2 biji tomato (dipotong)

1 biji bawang besar (dipotong)

2 sudu kerisik

2 sudu sos cili, sos tomato, kicap cair dan susu cair

Sedikit garam dan belacan

2 batang cili merah


Caranya :


1. Cili merah dikisar bersama belacan.


2. Gaul bawang bersama kerisik hingga sebati dan masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga sebati.



Selamat mencuba. Kalau ada yang nak tambah bahan lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

3 comments:

  1. ammi pernah buat dulu..tapi guna instant paste yang orang dok jual2 tu..tp sedap ammi suka sangat

    ReplyDelete
  2. pernah sekali aida buat nasi gini.
    folo resepi utube.
    siap la buat dgn air asamnya :)

    kalau perayaan, famili tak buat ni.
    kami ke arah menu yg lain.
    sesekali cuba resepi negeri lain, best!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com