Salam Readers..
Harini perginya seorang rakan sekelas sejak dari Semester 1, 2 dan 3. Banyak kenangan kami bersama. Sangat terkejut bila gfnya post status dalam group kelas. Semoga keluarga Wan tabah dan buat Mira redha ya. Mungkin tiada jodoh. Allah lebih sayangkan dia. Nak tulis entri pun sebak sebab terlalu banyak gambar2 kenangan dengan arwah. Bila tengok dalam gambar tu rasa salah sorang dari kami dah tinggalkan kami buat selama-lamanya.
Alhamdulillah, Wan pergi di bulan Ramadhan. Semoga tenang di sana. Kami akan merindui gelak tawa Wan. Pegi beraya rumah kawan2 dan paling tak boleh lupa kenangan dengan arwah di Teluk Batik Part 1 dan Part 2 . Hingga sekarang wall FB dia penuh dengan ucapan2 takziah.
Al - Fatihah
Muhammad Azwan Bin Amran
1989 - 2014
Kronologi Kemalangan Wan/Kecik9 Disember 2013 - Accident di Highway Bangi . Kereta langgar. Pemandu mabuk kata adiknya dan di masukkan ke HKL. Kecederaan teruk di kepala.14 Disember 2013 - Operation buat kali ke 2, pendarahan dalam kepala dan ada darah beku.16 Disember 2013 - Ada tindak balas positif dan wan dapat gerakkan kaki kalau kawan2 panggil nama dia tapi masih lagi tak dapat bukakan mata.17 Disember 2013 - Belum bukakan mata tapi dah boleh gerakkan kepala, kaki & tangan.19 Disember 2013 - Dipindahkan ke Wad biasa, keadaan separuh sedar.23 Disember 2013 - Keadaan Wan semakin baik dan dalam seminggu mungkin akan dipindahkan ke Hospital JB.3 Januari 2014 - Wan dah boleh balik ke rumahnya di Tangkak, Johor. 4 Januari 2014 - Dimasukkan ke Hospital JB sebab saluran tiub untuk minum tersumbat dan dia muntah, demam panas teruk.12 Januari 2014 - Alhamdulillah dah pulih sikit. Peti suara ok cuma kadang2 bila sembang dengan Mira cuma 2 minit. Sedihnya mata Wan tak berapa nampak sangat sebab efek di kepala tu. Makan masa nak pulih.
16 Januari 2014 - Wan dah boleh balik rumah. Percakapan makin okay, orang dah boleh faham sikit2. Comel je bila dia sebut nama Nisa jadi "aaa.. nicha".
Deepest condolences to the family. Takziah :/
ReplyDelete