Pretend that I'm okay |
Ketika ini hatiku tidak lagi setenteram dahulu
Ketika hari pertama menjejakkan kaki di kolej, kau dan aku berbaju sedondon
Ketika itu kau mengeluarkan kata2 perlian kepadaku, aku masih lg bersabar
Ketika itu aku menyesal memakai baju yg membuatkan kawan2 mengusik aku
Ketika pertama kali diberitahu aku akan bertemu kau lagi
Ketika rakan2 heboh memberitahu aku dan kau akan sekelas lagi
Ketika itu aku rasa mahu termuntah bila mereka mengatakan kita ada jodoh
Ketika itu aku tidak pernah masuk ke kelas
Kerana aku tak bersedia untuk memandang muka kau
Dulu kau yang aku sayangi
Dulu kau yang aku cintai
Dulu kau menceriakan hidup aku
Dulu kau segala-galanya bagi aku
Dulu kau selalu menemani aku
Dan akhirnya kau juga lah yg musnahkannya
Kini aku terlalu membenci kau
Kini hati aku semakin membengkak
Kini aku masih lg tak dapat memaafkan kau
Kini dan dulu kau selalu menyakiti hati aku
Sehingga kini aku masih tak tahu kenapa kau sakitkan hati aku..untuk apa?
Sudah terlalu lama aku bersabar dengan segala macam kerenah kau
Sudah kerana aku tidak ada perasaan sayang lagi pada kau
Sudah setahun lebih kau dan aku putus
Sudah buang segala perangai gedik kau
Kerana aku jelik melihatnya
Mungkin ini sudah ditakdirkan oleh Allah
Mungkin ini sem yang terakhir untuk melihat kau
Mungkin selepas ini kau dan aku tak akan bertemu lagi
Mungkin selepas ini aku dapat memaafkan kau
Mungkin ini ujian bagi aku supaya lebih banyak bersabar
Paling aku tak menyangka
Bila kau bertanyakan tentang aku kepada teman serumah aku
Bila kau masih lagi mengambil tahu hal peribadi aku
Bila setiap kali aku berada dimana2 kau juga ada disitu
Membuatkan aku terkedu...
Jauh disudut hatiku ingin sekali kita berkawan
Ingin sekali gelak ketawa dengan gurauan kau yang dulu
Apakan daya kita sepeti orang asing
Walau apapun hakikat ia tak dapat diubah, kau dulu pernah menjadi kekasih aku
Kau juga yang memberi cinta tapi kini segalanya menjadi kenangan buat diriku Aku tahu hati kau baik cuma dengan aku saja. Mungkin bukan kerana hasutan orang ketiga, kau dan aku masih lagi berkawan.. Ini cuma coretan, bukan bermaksud mahu memburukkan sesiapa. Tetiba jiwang pula, Haduh duh duh
p/s: Lagu Kotak - pelan2 saja memberi kekuatan untuk aku melupakan kau Azrie... Cewahh sedih jugak kot
giler ahh nama tu ada gak ..huhuh
ReplyDeleteHaha..blog aku suka hati lah. lantak dia
ReplyDelete