23 February 2021

Homestay Best Di Arte S Residences, Gelugor, Penang

 Assalamualaikum Readers


Homestay Best Di Arte S Residences, Gelugor, Penang | Entri peram dari tahun 2019 😂😂 Seminggu lepas majlis tunang Nina, MIL suggest vacay nak bincang majlis kawen nanti bla bla sambil riadah hujung minggu. Nina tanya sorang kawan blogger dan dia suggest stay sini sebab best! Ada private lift terus ke setiap kondo 😍 Cari dalam Airbnb ada satu dengan harga berpatutan. 2D1N hanya RM 200 (after discount).


 Arte S Residences


Mudah macam ni

Stay di 26th floor

Kami di Block B


Tak dibenarkan buat BBQ


Jakuzi tak cuci. Air kotor

Boleh nampak view padang kawad USM

Tempat melepak


Arte S ni dekat pintu masuk utama USM (area Bukit Gambir). Bukan di Batu Uban tau. Ada 3 gate USM ni. Dulu sebelum PKP kerap masuk. Habis PKP, kes rendah dan boleh rentas negeri, kalau nak bercuti boleh menginap di sini. Di tepi kondo bersepah kedai makan pak arab, melayu, nasi kandar boleh pilih. Dalam USM pun ada western cafe.


Hall


Sebelah kiri pintu masuk. Set memasak lengkap



Lepas buat payment, akan dapat email serta step-by-step nak masuk ke kondo. Hanya 1 parking di basement untuk setiap rumah. Dah ambil access card di peti surat, boleh ambil kereta masuk, guard friendly sebab mostly owner kondo Arte S banyak buat homestay. Menjadi spot parents untuk menginap lepas daftar anak di USM, dekat dengan Petronas, 7E.



Bilik utama siap bilik air


Bilik air di bilik utama luas sangat dan bersih. Pintu jenis sliding door

Nina sorang saja boleh naik unicorn (bawa sendiri), 3 lagi adik ipar tak boleh naik sebab berat

Dalam cermin tu gym, pool ke 3 tu boleh kayuh basikal dalam air. Menarik!

Dah check out boleh masukkan access card dalam peti surat semula

Semua peti guna password. Tiada lagi kunci


Kemudahan di Arte S :


  • Pool bertingkat (dewasa & kanak-kanak)
  • Gym
  • Jakuzi
  • Private Lift
  • 3 Bilik (muat 8 orang)
  • WiFi
  • Parking
  • Setiap bilik ada aircond & kipas
  • Iron & iron board
  • 2 bilik air include water heater
  • Set memasak yang lengkap (hanya perlu bawa bahan memasak)
  • Pastikan sebelum check out semua barang dalam keadaan baik dan sampah sarah dibuang ke dalam bilik sampah. Kalau tak owner akan caj.


Arte S Suite Penang

3-P1, 2, Jalan Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
(book thru Airbnb)


13 comments:

  1. Bersih setaraf hotel bilik.
    Ambil kunci bilik pun mudah.

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhh high class canggih manggih lah ! rindunya USM. last pegi sana masa ada kursus dulu tahun 2015 hermm T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anamizu : Nanti dh boleh rentas negeri, dtg la cuti2

      Delete
  3. wah seronokyaaa. rindunyaaa nak pi penang ni.heeee

    ReplyDelete
  4. Menarik homestay. Ramai jugak resident beli unit untuk buat homestay ye. Banyak juga kemudahan yang ada. Seronoklah stay satu family kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Kawasan strategik dpn USM, banyak kemudahan yg ada.

      Delete
  5. Better jugak dari arte kat jalan ampang ni. Kolam pun kecik. Rindunya staycation. Rindu USM. Dulu masa grad takde lagi arte ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Arte KL kecik sikit mungkin sebab kawasan tanah tak luas. Meh ler duduk sini dekat dgn rumah Nina

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com