9 Dec 2017

Review Filem : Wonder Woman

Assalamualaikum Readers


Review Filem Wonder Woman |Lama tak up entri movie. Berduyun-duyun nak kena update. Ok movie ni dapat tiket free untuk birthday bulan Julai lepas 😅😅 Filem box office 821.8 million. Perghh penangan Gal Gadot.


Wonder Woman poster


SINOPSIS FILEM WONDER WOMAN


Di Paris, Diana Prince terima fotonya & 4 lelaki semasa World War 1. Kembali ke masa lalu, anak kepada Ratu Hippolyta, dibesarkan di pulau tersembunyi, Themyscira, kediaman pahlawan Amazon yang dicipta oleh Zeus untuk lindungi manusia. Hippolyta kongsi sejarah Amazon bagaimana Ares, anak lelaki Zeus, cemburu kepada manusia. Zeus menghalang Ares hingga mati dan tinggalkan Amazon dan pedang "Godkiller" untuk bila Ares kembali.


Diana dan Ratu Hippolyta. Cantik betol pulau ni

Diana selamatkan Steve Trevor



Antiope, ibu saudara Diana melatihnya menjadi wanita pahlawan. Sehingga perisik Amerika, Kapten Steve Trevor diselamatkan Diana selepas pesawatnya terjunam ke laut kerana dikejar kapal Jerman. Amazon membunuh tentera Jerman. Antiope terbunuh kerana menyelamatkan Diana. Steve bercakap benar dengan Lasso of Hestia (tali emas) bahawa perang membinasakan manusia. Dia mencuri buku ahli kimia, Isabel Maru yang cipta gas beracun untuk Jeneral Erich Ludendorff. Percaya Ares cetus perang, Diana meninggalkan Themyscira.


Bunuh tentera Jerman

Wonder Woman dan perisai


Di London, buku Maru diserah ke Majlis Perang, Sir Patrick Morgan. Diana terjemah nota Maru dan Jerman rancang lepas gas maut di Belgium. Steve merekrut 3 orang untuk halang gas. Diana dan Steve semakin intim. 


Maru si gila

Jeneral Ludendorff mengorat Diana

Steve cuba korek rahsia


Steve dan Diana gerak berasingan menyerang kubu. Diana ingin membunuh Ludendorff, percaya dia Ares dan akan menghentikan perang. Diana mengejar Ludendorff ke pangkalan dumana gas dimuat dalam pesawat pengebom dan berjaya membunuh Ludendorff tapi keliru kematiannya tak hentikan perang.


Diana ke kubu Jerman

Tanah pemisah tentera Jerman

Sir Patrick atau Ares


Sir Patrick muncul dan dia sebenarnya Ares yang beri inspirasi kepada manusia untuk berperang. Diana cuba bunuh Ares guna pedang "Godkiller" tak berjaya. Ares dedahkan Diana jadi "Godkiller", anak perempuan Zeus dan Hippolyta.


Foto bebaskan perkampungan dari tentera dan diemail oleh Bruce Wayne (Batman)


Steve musnahkan makmal Maru dan merampas / mengetuai pengebom bawa gas terbang ke ketinggian yang selamat dan letupkan, korbankan dirinya. Diana menyedari manusia juga ada kebaikan. Diana bunuh Ares akhirnya. Kini, Diana email Bruce Wayne kerana menghantar gambarnya dengan Steve bersama misi barunya. Sambungan movie Justice League 😃


🌟🌟🌟🌟

3 comments:

  1. betul ke bleh nmpk bulu ketiak gal gadot dlm filem ni?😆😆😆

    ReplyDelete
  2. adeh...kalau saya pakai macam nih dalam hutan, gerenti raksasa larikkk haha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com