21 Dec 2017

Perbezaan Pengembara Dan Melancong

Assalamualaikum Readers 


Perbezaan Mengembara Dan Melancong | Nowdays banyak blogger perempuan dah travel banyak negara secara solo atau berkumpulan. Dalam sejarah Islam, pengembara 1 tradisi ulama & pencari ilmu dan kembangkan ajaran Islam seperti Nabi Muhammad SAW. 


Luggage lawa-lawa. Tak tau nak pilih hard shell


Orang berjalan jauh ke 1 tempat dengan niat baik disebut musafir. Jika niat bermain judi, maksiat tidak disebut musafir. Bila tengok orang travel usah cakap buang duit, semuanya PHD. Tengok instagram kawan kau travel sementara mereput tunggu mati - Siakap Keli 


Mengembara @ musafir

Surah Yunus ayat 101 : "Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi."

Surah Al-An'aam ayat 11, Allah berfirman "Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian perhatikanlah."


Imam Shafie Rahimahullah jelaskan setiap orang bermusafir akan dapat 5 kebaikan :


1. Jika perhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan peroleh iman.

2. Jika dia berhajat mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.

3. Jika dia berjalan untuk timba pengalaman, dia akan dapat pengalaman.

4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.

5. Jika dia mencari peluang berniaga, dia akan mendapat rezeki.


Melancong

Lebih kepada bersantai guna ejen. Semua ejen uruskan dari tiket flight, hotel, makanan, transport, tempat lawatan, tour guide. Sediakan duit saja. Kerana itu bayaran mahal dari mengembara.

  • Pelancong stay hotel 3-4 bintang, pengembara tidur di hostel. 

  • Pelancong shopping di mall, pengembara lebih suka keluar masuk pasar.

  • Pelancong naik bas khas, van yang selesa. Pengembara naik bas awam, jalan kaki atau train.

  • Pelancong di "escort" oleh tour guide yang boleh beri pelbagai info tempat dilawati, pengembara jelajah dan teroka sendiri ke tempat yang dikunjung.

  • Pelancong dibawa ke restoran makanan lazat pelbagai lauk, pengembara makan di mana-mana asalkan halal atau masak sendiri.


8 comments:

  1. Akk in between...antara pelancong dan pengembara
    Tpi tu la suka tgk gmbar2 travel org..
    Walaupun kita tak pi..at least tgk gmbar travel org lain pun kira ok la..boleh gak tgk mcm mana tmpt org kan

    ReplyDelete
  2. Thank you for another informative web site.
    Where else may I am getting that type of info written in such
    a perfect way? I have a challenge that I am just now working on, and I have been at the look out for such
    information.

    ReplyDelete
  3. time bujang2 boleh la mengembara. bila dah kahwin, nan hado nak mengembara nyer. huhuhu... dah kahwin, tukar kpd melancong lak.

    ReplyDelete
  4. pelancong pergi tmpt2 pemes, pengembara msk ceruk kampung org kena gigit nyamuk, kena gigit pacat... pelancong berani kaa? hahahaha

    ReplyDelete
  5. Well, Nina prefer yang mana? :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi gi melancong dgn travel ejen, mcm best je, duduk rileks2 dalam bas..tapi mengembara lagi best..

    ReplyDelete
  7. Mengembara memang seronok.. Boleh tengok tempat orang dan belajar culture..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com