Salam Readers..
Entry di hari raya pertama, ke 2 & ke 3 :)
Malas nak buat part by part. Sila jangan muntah kalau tengok gambar. Tuan blog masih lagi mood raya dan ke laut. Haha.. Nasib baik lutut dah tak bengkak, nak dijadikan cerita Ramadhan ke 26, aku dan bapa jatuh moto masa otw ke tempat kerja. Raya memang konfem ayah kena bebel dengan adik-adiknya. Haa.. Nampak tak aku ni anak sedara kesayangan :)
Raya Pertama
Selalunya memang takkan pakai baju raya sebab stay rumah tunggu orang datang sampai ke petang dalam pukul 3. Lepas tu terbongkang tidoq. Yang tak bestnya, sedang syok lena, keluarga Pak Lang, abang ayah no.3 mai beraya.
Lintang pukang salin baju 'sopan'. Kalau mai beraya maknanya sepupu Singapore aku tu balik raya Malaysia. Hee.. Rindu dia. Dah besaq anak teruna 3 orang tu. 7 tahun sekali baru balik raya, mana tak rindu. Kami ni sepupu tapi nama sendiri tak tau. Hahaha. Banyak sangat kot. Dapat duit raya tapi dalam RM. Nak Singapore Dollar kena pi rumah dia. Sadis ku rasakan.. Selfie raya semua ada dalam DSLR Irfan.
Tahun ni rasanya dah boleh kawen kot sebab pandai bungkus ketupat palas walaupun senget. Haha. Fail lagi.. Menu raya wajib ada rendang ayam :)
Raya Kedua
Seperti biasa, kenduri tahlil dan makan-makan di rumah Pak Long, sebelum majlis mula Mimi ajak ke hospital hantar makanan untuk nurse dan doc di Unit Hemodialisis, Hospital Seberang Jaya. Dah alang-alang, singgah beraya rumah kawan skolah. Makan, beraya dan selfie dulu puas-puas sebelum balik rumah Pak Long makan lagi. Depa pakat dok post gambar semasa baca Yassin dan serbu makanan yang ada. Aku dan Mimi tak balik lagi time tu. Terus kami rempit balik rumah Pak Long. Hehe.. Pakai baju kurung uollss..
Kenapakah kami berdua rempit lelaju? Sebab takut makanan habis dan lucky draw dah bermula. Pak ngah sponsor barang-barang dari RedONE. Boleh dikatakan semua family sebelah mak pakai telco tu sebab FREE bila gayut lama-lama. Sampai je, semua dah kenyang makan dan tengah mengunyah rambutan. Bedal buah dulu, tengah kunyah cabutan mengena. Untuk mak-mak menakan dapat periuk. Cheq dapat pen pun jadilah walaupun bukan parker. Haha.. Demand betol. Tahun ni dapat menjamu kek lapis Sarawak. Cheq oder khas untuk raya.
Petang pula, balik ke kampung ayah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Orang sana memang buat tahlil di kubur. Berkumpul seramai yang boleh di kubur dan terus balik rumah sebab penat terlampau.
Raya ketiga
Mak cik (adik ayah) dan Mak Tam (kakak ipar) bawa anak dan cucu beraya di rumah. Dah alang ayah nak balik Bayan Lepas lagi aku ikut dorang konvoi 2 buah kereta ke rumah Pak Su. Sebelum balik kazen bagi duit raya. Omaii.. suka suka ! Ke rumah sepupu pula, dia bela kambing. Geram tengok anak kambing sekor tu. Tak sempat snap, dia main-main kat tangga. Terus terbayang kambing golek ! aummm. Rumah sepupu ke 2, bedal rambutan dan kuih raya. Nasib kau la Nina.
Rumah ke 3, rumah 'arwah sepupu' yang meninggal sebelum puasa. Sebak tengok kak Hasni. Yelah, raya 3 beranak tahun ni T______T sebelum balik bagi duit raya kat anak sedara 2 orang tu. Sedih. Dah penat beraya di Mainland, terus balik kampung Bayan Lepas sebab mak long buat open house.
Sepupu tua buat makan besaq guna duit EPF. Hehee.. Makan satay, bihun sup, kenduri kendara durian dan rambutan ramai-ramai. Semua gambar, video ada di DSLR sepupu. Huhu.. Nasib baik tak demam, masin mulut mak cik kata aku tak takkan demam kalau tak minum air dari pangkas durian. Hoooreyyy !
Selesai sesi makan-makan, singgah salin baju biasa di rumah Pak Ndak. Dah naik miang badan seharian pakai baju kurung. Pi tengok rumah tok yang semakin lawa, yelah Pak Tam duduk situ. kalau la arwah tok dengan wan ada lagi mesti meriah rumah tu dengan lampu raya. Sedihnya..
Apapun raya tahun ni meriah sikit dari tahun lepas. Seronok dapat bagi duit raya + dapat duit raya ! tahun lepas sendu sebab 1 sen tak dapat.
Malas nak buat part by part. Sila jangan muntah kalau tengok gambar. Tuan blog masih lagi mood raya dan ke laut. Haha.. Nasib baik lutut dah tak bengkak, nak dijadikan cerita Ramadhan ke 26, aku dan bapa jatuh moto masa otw ke tempat kerja. Raya memang konfem ayah kena bebel dengan adik-adiknya. Haa.. Nampak tak aku ni anak sedara kesayangan :)
Raya Pertama
Selalunya memang takkan pakai baju raya sebab stay rumah tunggu orang datang sampai ke petang dalam pukul 3. Lepas tu terbongkang tidoq. Yang tak bestnya, sedang syok lena, keluarga Pak Lang, abang ayah no.3 mai beraya.
Lintang pukang salin baju 'sopan'. Kalau mai beraya maknanya sepupu Singapore aku tu balik raya Malaysia. Hee.. Rindu dia. Dah besaq anak teruna 3 orang tu. 7 tahun sekali baru balik raya, mana tak rindu. Kami ni sepupu tapi nama sendiri tak tau. Hahaha. Banyak sangat kot. Dapat duit raya tapi dalam RM. Nak Singapore Dollar kena pi rumah dia. Sadis ku rasakan.. Selfie raya semua ada dalam DSLR Irfan.
Cousin ! Menetap di Singapore bersama suami dan 3 anak teruna. Hehe |
Family Pak Lang.. Dalam gambar ni aku ada 10 orang sepupu |
Handsomenya anak-anak sedara. Ada macam artis? Iqmal, Irfan, Izzan bersama mummy dan aunty. Izzan tu comel, asal jumpa mesti nak salam aunty Nina :) |
Ketupat palas yang berjaya di buat. Comey je |
Faveret ! Makan bertambah kalau ada menu ni |
Crab Filament Stick |
Seperti biasa, kenduri tahlil dan makan-makan di rumah Pak Long, sebelum majlis mula Mimi ajak ke hospital hantar makanan untuk nurse dan doc di Unit Hemodialisis, Hospital Seberang Jaya. Dah alang-alang, singgah beraya rumah kawan skolah. Makan, beraya dan selfie dulu puas-puas sebelum balik rumah Pak Long makan lagi. Depa pakat dok post gambar semasa baca Yassin dan serbu makanan yang ada. Aku dan Mimi tak balik lagi time tu. Terus kami rempit balik rumah Pak Long. Hehe.. Pakai baju kurung uollss..
Pekena aiskrim mak teh bawa dari rumah |
Bak kata 'Pha Is' baju raya macam warna asamko / asam boi. Hahaha . Selfie dulu sementara tunggu Tinie datang sebab tak tau rumah. |
Boleh tahan bihun sup dia ni. Segan nak tambah. Hehe |
Sebelum balik mak Datin harus selfiee dulu. |
9 tahun dah kami kawan baik. Kawan sampai berkedut |
Kenapakah kami berdua rempit lelaju? Sebab takut makanan habis dan lucky draw dah bermula. Pak ngah sponsor barang-barang dari RedONE. Boleh dikatakan semua family sebelah mak pakai telco tu sebab FREE bila gayut lama-lama. Sampai je, semua dah kenyang makan dan tengah mengunyah rambutan. Bedal buah dulu, tengah kunyah cabutan mengena. Untuk mak-mak menakan dapat periuk. Cheq dapat pen pun jadilah walaupun bukan parker. Haha.. Demand betol. Tahun ni dapat menjamu kek lapis Sarawak. Cheq oder khas untuk raya.
Sesi bacaan Yassin dan tahlil buat ahli keluarga yang telah tiada. Tiada di lokasi. Ikhsan group whatsapp family |
Pulon makan, tengok gambaq ni dalam group terus balik. haha |
Hadiah-hadiah lucky draw.. |
Muka tak puas hati, Pak Ngah potong stim tengah kunyah rambutan dalam mulut kot |
Jadilah pen mahai ni. Nak tau pasal RedONE boleh baca 'sini' |
Raya ketiga
Mak cik (adik ayah) dan Mak Tam (kakak ipar) bawa anak dan cucu beraya di rumah. Dah alang ayah nak balik Bayan Lepas lagi aku ikut dorang konvoi 2 buah kereta ke rumah Pak Su. Sebelum balik kazen bagi duit raya. Omaii.. suka suka ! Ke rumah sepupu pula, dia bela kambing. Geram tengok anak kambing sekor tu. Tak sempat snap, dia main-main kat tangga. Terus terbayang kambing golek ! aummm. Rumah sepupu ke 2, bedal rambutan dan kuih raya. Nasib kau la Nina.
Kambing yang dibela sepupu. Sedap dibuat kambing golek ! |
Habis botak rambutan di rumah sepupu dikerjakan mak cik. Ish-ish |
Kite dah ada anak sedara (anak sepupu) walaupun belum kawen. Hehe |
Rumah ke 3, rumah 'arwah sepupu' yang meninggal sebelum puasa. Sebak tengok kak Hasni. Yelah, raya 3 beranak tahun ni T______T sebelum balik bagi duit raya kat anak sedara 2 orang tu. Sedih. Dah penat beraya di Mainland, terus balik kampung Bayan Lepas sebab mak long buat open house.
Tidoq stail baru. Alisha ohh lisha |
Sepupu tua buat makan besaq guna duit EPF. Hehee.. Makan satay, bihun sup, kenduri kendara durian dan rambutan ramai-ramai. Semua gambar, video ada di DSLR sepupu. Huhu.. Nasib baik tak demam, masin mulut mak cik kata aku tak takkan demam kalau tak minum air dari pangkas durian. Hoooreyyy !
Orang Singapore excited dapat makan rambutan.. |
Asal ada kayu di mana saja boleh selfie.. Inikan raya |
Depa nak pi beraya di Baling pula, aku take over ler !! Raya pun ada flower girl. Haha |
Biological dad with his sista in law. Jangan kata anak tak bagi duit pi salon T__T |
Selesai sesi makan-makan, singgah salin baju biasa di rumah Pak Ndak. Dah naik miang badan seharian pakai baju kurung. Pi tengok rumah tok yang semakin lawa, yelah Pak Tam duduk situ. kalau la arwah tok dengan wan ada lagi mesti meriah rumah tu dengan lampu raya. Sedihnya..
Rumah pusaka gituw |
Alisha ni makin besaq bermakna makcik Nina semakin tua.. Untungnya dia panggil kakak. Haha |
Amsyar membuli budak. Mak cik nina sibuk selfie tak sudah |
Duit raya saya berjumlah RM 61 . Not bad |
Apapun raya tahun ni meriah sikit dari tahun lepas. Seronok dapat bagi duit raya + dapat duit raya ! tahun lepas sendu sebab 1 sen tak dapat.
SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
BUAT
SEMUA BLOGGER'S DAN READER'S
meriah sungguh raya. beraya sakan nampak.
ReplyDeleteAllah. Nampak gambar ketupat palas dalam entri ni, terus rasa tak tentu hala. hihihi :D
ReplyDeleteWahhhhh meriahh betul hari raya diaaa.. Terbaikk
ReplyDeleteMeriahnya Hari Raya dalam keluarga Nina, jeles je rasanya ^-^
ReplyDeletePergh!!!pulun buat entrey raya eh nina..meriah raya nina..part paling syok tang dapat duit raya tuh..
ReplyDeletesalam aidilfitri dear..meriahnya raya best tgk ehe
ReplyDeleteBaru hari ni berpeluang baca entri raya, Nina. Syoknya raya dia,..meriah bebenor!
ReplyDeletecantik baju raya nina..ingat baju bertunang
ReplyDeletemeriahnya sampai raya ketiga tu ... seronok sedara mara ramai :)
ReplyDeletepewwiittt ... cantiknya bayu raya sekali dengan tuan punya baju :)
ReplyDeleteDapat RM61?? Banyak tu? ... dulu bila dah start kerja, satu sen pun tak dapat :)
ReplyDeletepuas beraya ya!
ReplyDeletewah...nak komen baju raya yang dikatakan kaler asamboi tu..cantik laaa..hihihihi...
ReplyDeleteSalam perkenalan dari Elly...
jemputlah singgah...
AWET MUDA WALAUPUN ANAK 3!!
cantik baju raya nina...
ReplyDelete