Ajal maut di tangan Allah, naluri kuat mengatakan bakal kehilangan sepupu apabila dia dimasukkan ke ICU Hospital Seberang Jaya pada petang Jumaat, 22 Mei lepas. Ayah sempat melawat sebelum arwah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang kerana tiada kelengkapan untuk operation membuang darah beku di sebelah kiri otak. Arwah tak sedarkan diri selepas jatuh di tempat kerja. Nasib baik cleaner Bangla jumpa. Tak tahu berapa lama pengsan.
|
Destinasi terakhir sebelum menghadap Ilahi |
Petang Isnin, 25 Mei arwah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan isteri bersama 2 orang anak perempuan. Pagi ini, aku ambil emergency leave untuk pengebumian arwah abang Bidi @ Mohd Zaidi. Alhamdulillah.. bila whatsapp boss, dia memahami. Rasa sebak bila nampak kak Hasni dan anak-anak sedara. Sedih bila dorang dah jadi anak yatim.
Terharu bila ramai rakan sekerja arwah datang ziarah dan tolong kebumikan tak kira melayu dan cina yang masuk ke dalam liang lahad. Semoga diberi hidayah :) Terima kasih staff Ann Joo Steel Berhad.. Hanya Allah dapat membalas jasa.
|
Bunga kemboja putih sinonim dengan tanah perkuburan. Layu di pusara
|
|
Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Al-fatihah sepupu |
Sepupu ke 4 family sebelah ayah menghadap pencipta.. Aku tenung muka setiap adik-beradik ayah, sepupu lelaki, perempuan yang kesedihan. Ya, kami kesemuanya ada persamaan warna anak mata. Subhanallah.. Sedih bila makcik beritahu otak arwah disimpan di hospital. Ya, mungkin kedengaran agak kejam, mungkin doc nak buat experiment. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ahli keluarga kami.
|
Sijil kematian arwah.. Faktor kematian disebabkan stroke dan masalah jantung |
|
OTW balik ke kubur dari kedai potostat sijil kematian. Abang Bad memang rempit :P Muka sembab jadinya.. |
Raya tahun ini mungkin takkan sama seperti tahun-tahun lepas...
Inalillah.. salam takziah buat nina dan keluarga.. memang akan terasa kehilangan ahli keluarga terdekat..
ReplyDeleteAssalam Nina,
ReplyDeleteAl Fatihah
moga roh arwah dicucuri rhamat AMIN
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
al-fatihah
ReplyDeletesalam takziah.. moga arwah ditempatkan dlam kalangan orng dikasihi-Nya..
ReplyDeleteAl-Fatihah,
ReplyDeletemoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Takziah buat Nina & keluarga.
Innalillahiwainnailaihiraajiun
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga arwah
takziah..
ReplyDeleteTakziah buat anda sekeluarga.. (dah dekat sebulan baru nak ucap.. sorry, terlambat baca)
ReplyDeleteAlahai sedihnya.. lagi2 menjelang raya tahun ni.. memang terasalah sangat lehilangan tu.. moga rih sepupu nina ni sentiasa dalam rahmat Allah..
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeleteSalam Takziah dari Zumal
ReplyDeleteinnalillah ... alfatihah buat arwah
ReplyDeletetakziah untuk keluarganya
ReplyDelete