26 Oct 2016

5D Interactive World, Penang

Assalamualaikum Readers..


5D Interactive World Penang merupakan tarikan terbaru di Penang | Buat kaki selfie dan kaki seni halus boleh terjah sini. Kali ini team Projek Blogger Utara berpeluang ke Galeri Seni 5D Interactive World (Art.Creativity.Education) yang terletak dalam bandar Georgetown pada 22 Oktober lalu. Sangat enjoy dan puas selfie sebenarnya tak larat dah hehehe 😆



5D Interactive World Penang



Di sini ada pelbagai seni yang dipamerkan, semuanya unik kerana menggunakan 100% idea pemilik galeri seni ini. Ada arca dihasilkan dari bahan-bahan terbuang dan motif utamanya sayangi alam sekitar dan bumi kita. Pengunjung akan melihat betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari musnah dan ada haiwan yang semakin pupus. Pelbagai lukisan dan arca seni berkaitan alam di ruang masuk galeri.



Penyu hijau yang dah makin pupus

Cuba tengok material bahan ikan ni. Hehe kreatif !

Terasa boleh terbang haha . Dihasilkan dari botol mineral dan diwarnakan. Cantik !


Malayan Pangolin dah pupus tapikan nampak Zaf?
 
Suka arca Penyu ni . Guna penutup botol saja



Haaa korang teruja tak tengok hasil seni di first floor? Selfie di alam interaktif 5D yang pertama di Asia. Unsur-unsur pendidikan juga boleh dilihat. Sesuai bawa anak-anak yang tengah membesar tu. Meh tengok gambar-gambar dimensi 5D yang lain di tingkat dua.



Tamadun manusia kah

Cowgirl berjaya menawan Rhino. Badak sumbu semakin pupus juga

Badan manusia yang parah disebabkan dadah. Haa mesej tersembunyi

Tak sangka Zaf ni kuat . Hahaha



Di sini pengunjung dapat meneroka alam melalui proses 5D-Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver). Bahagian kanak-kanak akan suka sebab boleh design apa saja menggunakan tanah liat. Kelakar tengok mimik muka dan semua gambar kami dibantu staf galeri yang sporting dan peramah.


Witch vs Assasin's Creed !

Kau ni nina nak tikam pun kat tempat sensor. Hadoii

Abaikan muka tu . Mesti jadi bahan Pha Is ni !!

Sakit noks nak dapatkan badan slim dan cacat ni. Ehem ehem

Maka terhasilnya dinasour gemok lagi pendek. Kah kah . Ingat senang nak uli tanah liat bukan main Play Doh zaman kecik

Artifak2 yang ditemui

  
Selain tu, sesiapa yang berminat boleh beli souvenir di entrance. Ada macam-macam yang galeri ni hasilkan dan jual. Harga pun affordable ye. Comel-comel bila tengok lukisan kartun di batu 😎


Jet TUDM ok tipu

Cute ! Panda, pokemon, doreamon, pooh

Lukisan ikan emas nampak real


WAKTU & HARGA TIKET 




  Harga Tiket

Mykad
Dewasa : RM 18
Kanak-kanak : RM 13


Harga Biasa
Dewasa : RM 30
Kanak-Kanak : RM 20


Waktu Operasi
9 am - 6 pm (Selasa - Ahad)
Tutup Isnin (kecuali cuti am atau cuti sekolah)



5D INTERACTIVE WORLD

Address : F29, Jalan Dato Keramat
10150 Georgetown,
Pulau Pinang

(near GAMA & Penang Time Square)


Tel : 04-2189676

  
Info : Boleh jalan kaki dari KOMTAR / RAPID PENANG BUS no 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 & 11. By Hop On Hop Off (HoHo) bus boleh stop di no 7.


Projek Blogger Utara since end of year 2015 . Thanks Zafirah Nazri blogger jemputan PBU. Hehe


Thank you so much for staff and management 5D Interactive World for having us !! 😗

7 comments:

  1. yea! ada pun entri muzium 5d.. hahaha

    ReplyDelete
  2. haha yg censored tu bhahaha

    ReplyDelete
  3. Puas bergambar kalau gi sini..
    Menarik-menarik dianya 5d..

    ReplyDelete
  4. pencinta haiwan wajib datang ni...byk guna tema haiwan...

    ReplyDelete
  5. Banyak dah tempat tempat gini sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  6. hehe
    amboi suke ye bgmbor dgn gmbr 5d cmtu
    mmg ssuai sgt la utk org yg suka amik gmbau kannn

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.