23 Oct 2016

Hatyai Thailand 2016 : Day 2 - Samila Beach

Assalamualaikum Readers..


TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 2 - SAMILA BEACH



Fuhhhh fuhhh berhabuk entri trip Hatyai bulan 2 tahun ni. Meh bersambung kisah hari kedua sebelum kami ke Samila Beach. Sebelum tu singgah makan di Songkhla, kedai makan depan stesen minyak dan bersebelahan kem tentera. Lupa nak snap gambar kedai makan tu 😌


RIP Bhumibol Adulyadej . Kenangan raja Thailand

Makanan di sini hanya 50 Bath (RM 5)

Rasmi Thailand coke Nafis. Kami kongsi air untuk lebih jimat . Total makan berdua 100 Bath + coke 20 Bath hanya 120 Bath | Anies !! tengok Lala di belakang. Hahaha


Setiap stesen minyak di seluruh Thailand ada papan tanda harga minyak semasa di negara itu


Sayangnya timing tak kena sebab bulan Januari - March laut bergelora jadi tak dapat buat aktiviti laut. Apa yang ada di Samila Beach ni? Ofcos orang datang sini semata-mata nak tengok replika patung ikan duyung di pantai tu. Orang Siam datang sini tujuannya untuk dapatkan anak


Papan tanda pun unik . Mesia tak nak guna huruf jawi macam Brunei. Huhu

Welcome


SEJARAH SAMILA BEACH


Samila Beach, kata tour guide Encik Paisorn dulu ada ikan duyung bertenggek di batu sambil sikat rambut. Tetiba ada seorang pemuda, asyik tengok kecantikan ikan duyung ni maka dia lari ke laut tinggal sikat. Dari hari ke hari, pemuda ni tunggu ikan duyung tu sebab nak pulangkan sikat tapi tak pernah muncul-muncul. Jadi dia bina patung ikan duyung sebagai memperingati ikan tu.


Samila Beach Thailand here we come

Patung ikan duyung . Kalau korang perasan di badan patung dah tukar jadi hitam haa situ lah tempat orang gosok2 . Orang Siam gosok untuk dapat anak. Berapa banyak orang dah raba hahaha

Cuaca mendung dan angin kuat. Tengok ombak pun takut

Beting pasir pantai ni tak sure semula jadi atau orang buat nampak khas untuk kanak-kanak mandi



Kami pun lepak-lepak di pantai tu selfie puas-puas, memang puas sebab best kena angin laut. Tengok orang tempatan macam dah biasa main pantai time ombak kuat. Fuhhh berani kanak-kanak siam. Di Samila Beach ni, korang boleh makan, shopping, naik kuda, nak orang lukis muka pun ada. Rugi tak habis pusing pantai dah hujan.



Nananana

Nak lukis wajah? Haa ok lah dengan harga tu

Peniaga dah start tutup barang

Tak sure harga tunggang kuda ni, semua comel pony pun ada

Selamat tinggal ada rezeki pi lagi. Heheh


Memandangkan cuaca time tu hujan renyai-renyai, sempat singgah beli aiskrim kelapa. WAJIB beli kalau singgah di Samila Beach. Puas makan berdua sebab besar. Orang lain dah lari naik bas. Kami serbu motosikal aiskrim tu. Huhu.. Kempunan punya pasal sebab dah nak balik mana jumpa di Dannok.



Serbu aiskrim ni kalau ke Samila

Tak sabar nak makan

Aiskrim kelapa original 40 Bath



Makan aiskrim kelapa dalam perjalanan ke Songkhla Aquarium. Alhamdulillah, masuk dalam bas terus hujan turun dengan lebat. Bagus sejuk-sejuk makan aiskrim ye. Tak dapat nak tunjuk gambar dalam aquarium tu sebab tak masuk ditambah hujan lebat, tak ada payung dan dah tertidur dalam bas. Membungkus kami berdua lagi rasa malas nak buka mata. Di aquarium ni ada go-kart, Mini ATV dan Fish Spa. Kalau tak hujan boleh ler try Fish Spa. Sob.. sob



Songkhla Aquarium

The Unseen Show



Openning Time

Songkhla Aquarium closes on Mondays (except that Monday is holiday)

Tuesday - Friday 
9.30 am - 4.00 pm

Saturday - Sunday
9.30 am - 4.45 pm

Holiday
9.30 am - 4.45 pm


Bersambung part last naik gajah sebelum balik Malaysia. Nanti Nina share bajet ke Hatyai 2 hari okay. Stay tuned 😆 ! Lately busy ya amat. Sebenarnya masuk bulan 10 ni tak dapat nak hadap blog sangat. Prepare apa yang patut untuk tahun depan pelan-pelan. 

9 comments:

  1. murahnyaa makanan tu. kalau kat sini, dengan ikan sekali dah berapa dah kan

    err kenapa ek orang gosok patung tu? > -,-''

    ReplyDelete
  2. Wow.. Bestnya.. part makin aiskrim tu akak jeles..
    Nampak sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. lala buat apa tu? korek duit bath ke tu? ;-)


    ReplyDelete
  4. Ohh dah sampai ke Hatyai n songkla..kuat betul angin di samila beach tu. X raba patung ikan duyung tu?

    ReplyDelete
  5. Preaparation utk tahun depan? Ehem2x 😬

    ReplyDelete
  6. Wahh Nina.... mana mana pun dah sampai ye. Yelah kan Nina sementara belum kawen, sementara commitment pun tak banyak lagi.
    Agaknya eskrim Sangkaya ni Siam punyalah kot

    ReplyDelete
  7. kenapa terbaca entri ni...aduhhh...mn pi gmbq ms p sn xtau...huhuhu

    ReplyDelete
  8. yg ni best..
    mcm2 aktvti ade kt pntai kan..
    senang.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.