21 Oct 2016

Menaiki Beca Di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh

Assalamualaikum Readers..


Menaiki Beca Di Kinta Riverfront Hotel Ipoh | Beriadah di taman Kinta Riverfront | Bersambung entri "Reunion & Nasi Vanggey" bulan lepas punya cerita. Dulu masa tinggal di Ipoh, aktiviti wajib kalau lepak malam-malam mesti pilih Kinta Riverfront Hotel ni sebab ada ala-ala taman i-City. Lawa gambar lampu-lampu kalau guna DSLR. Ada lagi dalam simpanan. Hee.. 


Kinta River Ipoh . Ikhsan Google

Basikal sewa di Kinta Riverfront . Pilih-pilih nak naik yang mana. Ramai-ramai lagi best


Lepas pekena Nasi Vanggey, terus ke sana. Agak susah nak dapat parking. Memang full, especially weekends. Kami sepakat nak naik beca. Boleh naik 6 orang tapi hentam 2 orang di depan. Kena marah dengan pekerja yang jaga beca tu. Haha.. Naiknya berenam tapi yang kayuh berdua je. Sesak juga nak kayuh, tapi tak ada kemalangan kena langgar ke cuma yang annoying pasangan couple 💑 jalan di laluan basikal dan beca ni 😐


Basikal sewa murah-murah. Credit Google

Naik beca wuhuuu . Pemandu berhemah selepas 2 penumpang tak dapat naik. Haha


Kalau singgah ke Ipoh, jangan lupa datang habiskan malam korang kat sini. Ada macam-macam boleh buat dan tengok. Mungkin tahun 2017 ialah tahun melawat Perak. Entah bila nak explore Art Street atau Mural di Ipoh. Boleh tahan lukisan tapi tak banyak macam Penang 😉 


2017 tahun melawat Perak

Nampak semua kurus. Hahaha

Tapau Laksa Kamsa di Padang Polo. Terliur pula huhu


Hampir sejam setengah juga habis masa kat i-City Ipoh ni. Balik apartment pun lewat malam, nasib tapau laksa di Padang Polo siap-siap. Hihi 😋 Laksa faveret, lepas habis kelas mesti singgah beli. Ada pulak kawan hantu laksa. Sebelum balik Penang, kitaorang singgah Plan B, tak sangka wartawan Majalah 3 interview. Tungguuu 😀

9 comments:

  1. wah bestnya tak pernah naik beca :D

    ReplyDelete
  2. Ini oada tahun 2014 dulu. Selepas GST diperkenalkan, orang dah tak ada duit untuk berbelanja. River front dah jadi pekan hantu.
    Sekarang kami pergi ke Padang Polo pula untuk naik basikal ni.

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok laksa tuuuuu !!!

    ReplyDelete
  4. Laksa tu juga yang mengancam.. Hahaha..

    ReplyDelete
  5. pic 1st tu mcm kt ICT shah alam ;-)

    ReplyDelete
  6. sedap nyer laksaaaaaaaaaaaaa (utk org yg tgh selsema ni ;-( )

    ReplyDelete
  7. Frust sbb ke ipoh nk mkn nasi vanggey tu tai dah abis! Aik! Laksa letak kopok leko?

    ReplyDelete
  8. sedap pula tgok kua laksa tu..
    ape atas dier tu..kopok lekor ke??
    ^o^

    ReplyDelete
  9. Pretty! This was an incredibly wonderful
    article. Many thanks for supplying these details.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.