10 Mar 2020

Tempah Baju Pengantin Di Eszz Ibrahim Wedding, Sungai Petani

Assalamualaikum Readers


Tempah Baju Pengantin Di Eszz Ibrahim Wedding, Sungai Petani | Butik Pengantin Eszz Ibrahim | Butik Pengantin Popular Di Sungai Petani | Kompang di palu, pengantin malu. Rasanya pengantin zaman moden dah tak malu macam zaman datuk nenek dulu. Asyik tulis entri pasal makan saja, lama-lama bosan juga. Kalau sesiapa tengok baju-baju kawen ni mesti rasa nak sanding lagi. Hehe.. Nina pun exciteddddd! Tapi fitting baju lepas raya, sekarang dalam proses kuruskan apa yang patut. Sama-sama nak kempiskan perut. Baju-baju di butik Eszz Ibrahim ni semua cantik-cantik dan menggunakan warna-warna pastel. Lebih kepada design songket moden dan gaun.



Sebelum kami book di Eszz, Nina dan tunang pi survey baju dan harga pakej di Butik The White Teratak di Kulim sebelum kami ke Eszz Ibrahim dan Sharul Aaron Bridal House. Balik ke rumah bincang punya bincang keesokkan harinya, 3 November 2019, hantar Aqilah balik UiTM terus singgah ke butik untuk bayar deposit. Agak penat juga survey sana sini, try baju-baju yang ada tapi berbaloi. Silap pilih pakej habis duit melayang.   




Baju pengantin di Eszz Ibrahim Wedding

Promosi untuk tahun 2020 (Nina ambil pakej RM4500) Deposit hanya RM 500)

  
Apa yang Nina buat lepas tunang? Mestilah start survey cari itu ini dan grab apa saja promosi. Dah lama usha baju-baju di IG Eszz Ibrahim, tak sangka ada rezeki boleh pakai design dari Eszz. Untuk promosi yang dibook ni, akan dapat pakai baju baru dan mengikut design yang Nina nak. Design Eszz Ibrahim ni yang up to date mengikut zaman dan owner haruslah berperwatakan lembut dan sopan. Customer saja yang tak lembut. Macam tak mampu sebab jenis kasar. Ya ampun.   



Baby blue ni cantik designnya






Alhamdulillah sangat sebab owner butik buat promosi untuk seluruh negeri Kedah dan Pulau Pinang (hanya Seberang Perai) sahaja. So far harga di butik ni boleh dikatakan paling murah untuk pakej baju baru. Tak ada charge tambahan macam kebanyakan butik yang Nina dah pergi. Nina berurusan dengan pembantu Eszz, namanya manja okay sebab masa tu Eszz tengah busy nak buat fashion show baju-baju pengantin untuk tahun 2020, nanti Nina share fashion show tu. Punya excited sanggup pi awal pagi. Hehe..












Buat bakal-bakal pengantin di area Utara, boleh start datang ke butik Eszz Ibrahim ya. Ramai rupanya customer Eszz dari Pulau Pinang sebab bukan tak ada butik pengantin di Penang tapi kerana pakej terlalu mahal. Semoga semua urusan bakal-bakal pengantin di luar sana dipermudahkan Allah. Nak usha baju-baju boleh tengok di socmed okay.



ESZZ IBRAHIM WEDDING

Alamat : 10A, Jalan Kampung Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah
(butik berhadapan dengan Central Square Mall)

Buka : 10.00 pagi - 6.00 petang (Isnin Cuti)




5 comments:

  1. cantik2 sumenya..
    rs nk sanding lg skali.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah memang bagus pakej dapat baju baru lepas tu rekaan pengantin nak.
    Semoga majlis nanti berjalan lancar ye.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan Nina jauh tu sampai ke Kedah nun...

    ReplyDelete
  4. Nina !! warna yang baby blue tu cantiknya..

    ReplyDelete
  5. Wah.. pakej yang menarik dan berbaloi... Baju dia pun cantik2..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.