22 Feb 2021

Resepi Baked Carbonara Cheese Meatball

 Assalamualaikum Readers


Resepi Baked Carbonara Cheese Meatball | Last projek masak-masak dengan SIL no 2. Disebabkan adik ipaq ada 3 orang so masing-masing ada peel sendiri. Yang ni nak kawen hujung tahun. Sejak dia start kerja, memang susah nak masak kat rumah MIL. Tak ada assistant. Kerja keras nak kumpul duit, tak nak susahkan FIL tapi makanan ni dah jadi fav abah 😂😂


Baked Carbonara Cheese Meatball


Sorry abah, lepas beranak Nina masak macam-macam. Haha.. Ini terbalik pula, FIL yang masak macam-macam untuk menantu. Itu pasal doc bebel berat naik tiap-tiap bulan 😂😏 Okey, meh nak kongsi menu. Mudah tapi nak cari stok meatball Ramly tu kannn malas nak berulang kali pi Mydin. Meatball Tesco tak berapa sedap. 


Adik-adik tak suka brokoli kita tukar kobis bunga

Boleh cari tray aluminium ni kat kedai bakery



Bahan-Bahan :


1 tin cendawan butang

1/2 kiub pati ayam

1 bungkus meatball

1 tin sos cendawan

1 bungkus keju

1 sudu besar lada hitam

1 cawan susu dutch lady

2 ulas bawang putih & merah



Assistant masak guna 2 tangan . I loikkeee


Dah siap baked. Tunggu nak ngap! Makan panas-panas best


Cara-Caranya :


1. Tumis bawang merah dan putih.


2. Masukkan meatball, cendawan butang, kobis bunga (lagi sedap pakai capsicum) dan goreng sampai meatball garing.


3. Masukkan dalam tray.


4. Untuk sos masukkan sos carbonara, susu dutch lady, kiub pati ayam dan lada hitam. Masak sampai mendidih.


5. Tuang sos atas meatball tadi.


6. Susun kepingan cheese diatas meatball. Lagi sedap pakai mozarella cheese.


7. Bakar dalam oven selama 15-20 minit, suhu 170 darjah celcius. Wallah!


24 comments:

  1. sedap tu...nanti bole cuba...adik ipar biasa buat lasagna

    ReplyDelete
  2. Mak saya pun suka baked carbonara macam ni. Cuma kerajinan je takde. Hehe. Thanks share resepi. Boring2 pkp ni boleh la buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Sama2.. boleh jugak tambah makaroni

      Delete
  3. ok nak try. meatball dah ade dlm peti ais. hehe

    ReplyDelete
  4. Banyak sekali buat. Boleh simpan dan panaskan balik.

    ReplyDelete
  5. ah, menarikkk. boleh cuba nii :)

    ReplyDelete
  6. wahh untung sangat ni FIL masakan. Sedapnya baked carbonara cheese meatball

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : FIL rajin masak. Nanti nak cuba buat guna makaroni

      Delete
  7. Makan panas panas mcm ni memang sedap sangatlah. Buat sendiri lagi jimat. Lagipun tak susah pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naniey : Betul makan panas2 sedap. Buat sendiri boleh mkn banyak kali

      Delete
  8. meetball Ramly memang sedap..
    sedapnya buat masak camnie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha : Suka guna meatball Ramly dr brand lain

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.