14 May 2021

Hari Raya Aidilfitri PKP 2021

 Assalamualaikum Readers


Hari Raya Aidilfitri Perintah Kawalan Pergerakan 2021 | Tahun lepas raya boleh berkunjung ke rumah, boleh pi open house tahun ni amat berbeza. 1st time dalam hidup tak dapat beraya dengan parents. 1st raya sebagai isteri dan ibu, yang best dapat duit raya dan kena simpan duit raya anak. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Dari Nina sekeluarga

Raya dengan in law’s . Nak balik beraya di rumah parents dan kampung sebelah bapa tak boleh rentas daerah. Ada saja roadblock polis


Maksu yang mengasuh dan membebel tiap kali Harraz hadiah kencing dan berak. Kena bagi upah ni

Sepanjang berpantang ni mama yang masakkan lauk pantang. Mak Nina hanya sempat jaga seminggu sahaja sebelum PKP


Dah la anak tunggal, kalau ada adik beradik lain tak sunyi mak dan bapa 😭 Lagi sebak tengok iklan raya Sabella, terus menangis kalau dapat balik rumah bila salah sorang dah meninggal. Ya Allah lindungilah kedua ibu bapaku. Raya dalam mood masih berpantang. 


Duit raya Nina dan Harraz. Dah boleh buka account bank anak


Pagi raya pun bangun pukul 10 pagi. Baby dan hubby pun sama 🤭😂 Feeling raya tak ada langsung, macam hari biasa. Nasib baik duduk rumah mertua, tak sunyi sangat tengok drama air mata adik-adik ipar minta maaf 🤣 Apapun, Nina nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan maaf jika terkasar bahasa komen di blog korang dan seangkatan. Stay safe semua 🌸


13 comments:

  1. Selamat hari raya buat Nina sekeluarga. Tak apalah beraya dalam suasana PKP. Rezeki tahun ini beraya dengan si comel Harraz.

    ReplyDelete
  2. Nampak meriah juga raya tu..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Nina. Maaf zahir batin. Lawa tema maroon

    ReplyDelete
  4. Salam aidilfitri . Alhamdulillah meriah jugak tu

    ReplyDelete
  5. hehehe seronok tengok anak2 dapat duit raya.. best je..
    selamat hari raya Nina maaf zahir batin. stay safe ya..

    jemput join GA di blog
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri...mmg thn ni beraya dlm umh je la..lastyear atleast okla juga bole beraya

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya, Nina..takpelah kita raya gaya stay at home lagi tahun ni, yang penting raya tetap raya..hehe

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya aidilfitri! :)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. salam aidilfitri ke-6

    wahhh harraz dah boleh bukak tabung ni... ;-)

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya Nina & family. Maaf jika ada salah dan silap. Meriah tema merah dan maroon. Seronok raya dengan status baru dan baby. Semoga family Nina juga happy beraya dikampung.

    ReplyDelete
  12. hari raya tetap meriah biarpun x boleh balik kg...

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya Nina, maaf zahir & batin..

    bestnya..dapat duit raya..hehe..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.