16 May 2021

Review Produk Set Bersalin Afiat

Assalamualaikum Readers


Review Produk Set Bersalin Afiat | Bukan semua jamu boleh diambil ketika berpantang takut memudaratkan anak jika menyusu badan. Set berpantang ni MIL yang beli selepas survey Nona Roguy tak sesuai takut baby panas akibat jamunya yang kuat. Harga tak sampai RM 100


Beli set berpantang Afiat dan bengkung



Mula pakai bengkung minggu ke 3 selepas bersalin. Luka jahit pun dah tak rasa sakit dan nurse kata dah kering so confident sikit nak pakai. Jamu Afiat tak berani makan lagi, makan makjun bawang putih hari ke 37, makan 2 biji saja, ikutkan sehari 4 biji 😓😓 Itu pun dah panas badan baby. 


Semua dah pakai kecuali jamu, uncang akar kayu, balm, feminine wash



Ada lebih kurang 10 barang antaranya minyak afiat, gel mandian serai wangi, feminine wash, bedak hangat afiat, pil jamu, akar kayu periuk, barut, balm, makjun bawang putih dan tali pembentan. 



Best pakai minyak ni dari minyak afiat. Sapu di kaki dan perut sebelum pakai stokin dan bengkung


Ibu yang menyusu harus memilih makanan dan minuman kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi susu ibu dan kesihatan baby. Seeloknya pilih makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien untuk perkembangan baby dalam tempoh 6 bulan kerana belum boleh ambil makanan lain. 



So far dah pakai bengkung, makan makjun ni perut kempis dah tak buncit. Yelah hari-hari kentut. Lepas bersalin urat kembang, badan masuk angin. Wajib sangat makan set berpantang ni. Nak kuatkan balik urat-urat badan. Uncang teh tu nanti anak dah masuk 6 bulan baru Nina nak minum. 

 

16 comments:

  1. selamat berpantang..Alhamdulillah, pilih yg terbaik utk ibu & baby..

    Afiat - brand yg dah lama dlm pasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas : terima kasih. So far serasi dgn badan

      Delete
  2. Seronoknya baca pengalaman orang berpantang. Rasa nak beranak lagi, apakan daya awak dah tua heheheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie : akak boleh tutup kilang dh hehehhe

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Produk sebegini banyak Melayu/Bumiputera yang hasilkan.

    ReplyDelete
  4. welcome to mommyhood Nina hehe.. alhamdulillah tahniah
    dah selamat semua. selamat berpantang =)

    ReplyDelete
  5. rs mcm terbau2 myk afiat smpi sini hehee

    ReplyDelete
  6. waaa.. senyap2 je, tau dah bersalin.. tahniah..

    ReplyDelete
  7. Banyak produk moden yang mudah digunakan pantang zaman sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : ya betul sediakan duit saja :)

      Delete
  8. Sama la kita. Naniey pun beli ni jugak. Tapi tak guna semua pun. Minyak tu memang best.Jamu tak sempat makan pun sebab takut baby panas. Sudahnya membazir gitu je. Adoii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naniey : sama la tak guna semua. Jamu tak makan lg. Makjun pun makan sikit sbb dh rasa panas badan ni. Hehe

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.