23 Nov 2022

Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)

 Assalamualaikum readers


Apa itu Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)? Rezeki, ajal maut di tangan Allah. Sedih juga bila baca kisah-kisah parents yang anaknya mengalami SIDS ni. Nina tak pernah tahu hal ni tapi yang pasti naluri tu sentiasa tak suka biarkan anak tidur meniarap. Takut jadi apa-apa, menyesal tak sudah.


Harraz 6 bulan


Serba sedikit kena tahu cara hindarkan SIDS bila ada anak baru lahir. Ada juga mengatakan kebanyakan bayi SIDS ni terjadi pada parents yang sukar nak dapat anak. Apa punca SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome tu?


Biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.



Ada di antara bayi mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan oksigen, ada juga masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme. Bayi akan kekurangan oksigen semasa tidur akan terjaga dan menangis. Tetapi, perkara ini tidak berlaku kepada bayi SIDS dan tiada tindakbalas sekiranya lemas. Jadi berhati-hatilah menjaga bayi.


1.  Bayi tidur meniarap


Bayi yang sedang tidur akan tertutup ulut dan hidungnya sehingga lemas.


2. Tilam atau selimut bayi yang terlalu lembut dan berlapis


Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan akan terbenam mukanya. Menggunakan selimut yang berlapis-lapis adalah tidak digalakkan termasuk cadar, bantal berbulu, tilam air atau udara. 


Harraz 5 bulan. Dari baby sampai ke besar, tak suka tidur dalam selimut. Nina dapat percuma katil baby ni untuk review PG Mall


3. Elakkan pelapik tilam beralaskan plastik.


4. Jauhkan bayi dari asap rokok. 


5. Elakkan pakaian yang terlalu tebal 


Boleh naikkan suhu badan bayi termasuklah berpeluh, rambut basah, ruam lampin, pernafasan yang cepat, resah gelisah dan demam. Rasa di perut atau leher bayi untuk check suhu badannya.



Dapatkan nasihat dari pakar atau doktor berkenaan penjagaan anak. Malu bertanya sesat jalan. Stay safe mommies!

12 comments:

  1. sy entry ni trs teringat bayi yg kat N9 kalau tak silap meninggal dlm keadaan tertiarap... sedihnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya meninggal dlm keadaan meniarap. jd kita tahulah punca utama tak boleh biarkan bayi tidur sendirian

      Delete
    2. betul. once baby dah tidur bkn tggl kn trs. kn check at least 15 min. tgk keadaan mrk tidur. bkn nya dgr bunyi br kita g jengah...byg kan lbh sejam x de bunyi apa2

      Delete
  2. paling seram kalau jaga anak sedara masa diorang baby. Kadang-kadang bila dia tidur tu, letak jari kat hidung tengok bernafas tak. Adeh risau anak orang ni

    ReplyDelete
  3. sedih bila baca baby yang meninggal mengejut tu, x leh bayangkan perasaan parents baby tu..Allahu...

    ReplyDelete
  4. no. 4 tu yg sy rasa payah nak elak

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk info. Kalau jadi parents kena tahu banyak perkara. Bambamnya Harraz. geram tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Fiza.. kuat menyusu dan mkn itu jd bambam

      Delete
  6. takdir Allah..subhanAllah..moga kita dihindarkan dari segala perkara yg buruk Aamiin

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.