23 Mar 2023

Makan Di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Penang

 Assalamualaikum readers


Makan Di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Penang | Makan Nasi Ikan Bawal Di Ombak Damai | Kembali lagi ke sini untuk kali ketiga pada sabtu minggu lepas. Sebelum puasa, bawa mak tok (nenek hubby) jjcm sebelum puasa sebab yang lain ke Sungai Petani. Alang-alang hantar hubby jumpa customer. Nina terus drive ke sini sebab dah masuk waktu lunch. Nasib tak ramai orang. 


Set Nasi Ikan Bawal - RM 15.00


Coconut Shake - RM 5



Ombak Damai ni best sebab makan tepi pantai, sambil makan sambil bagi anak mandi laut pun ada. Dah banyak yang berubah, kedai laksa pun dah tak dihidangkan dalam tempurung. Last dapat makan laksa tempurung. Pantai pun dah berubah, mungkin sebab hakisan. Rasanya kedai yang Nina makan ni baru buka, sebelum ini tidak ada.


Selepas bayar, akan dapat no giliran. Makanan siap, no akan dipanggil


Di sana ada gerai nasi goreng, sotong celup tepung dan lain-lain


Luar gerai


Sebelum keluar dari kawasan parking


Layanan setiap gerai pun dah lain. Ada konsep, no giliran. Dah siap makanan, owner sebut no yang diberi pada customer. Mudah macam tu kan dari sebelum ni kena bersesak tunggu depan gerai sebab nak ambil makanan. Kalau ke Penang, singgah ke sini.


Alamat : 

P224, Jalan Gertak Sanggul, Bayan Lepas (Waze)


Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 2.00 pm - 7.30 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 pm - 7.30 pm

6 comments:

  1. extra sedap sbb view yg cantik & tenang...

    ReplyDelete
  2. Ok dah masukkan tempat ni dalam list jalan-jalan ..kalau tak nanti terlupa haa.. Best makan sambil healing2 layan angin pantai

    ReplyDelete
  3. besarnya bawal👍👍👍👍

    ReplyDelete
  4. laaa ya ke? tak dan laa lg nak mkn laksa tempurung

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.