Assalamualaikum Readers
Laksa Tempurung Sedap Ombak Damai Penang | Restoran Tepi Pantai Di Gertak Sanggul, Penang | Laksa Tempurung Sedap Di Penang | Kembali lagi ke sini untuk kali kedua pada 1 September lepas, bawa kawan dari Terengganu makan sebelum depa laki bini pi Langkawi keesokkan harinya. Lepas bawa makan nasi kandaq, kami dah masuk kereta nak gerak nampak artis Waris dengan bini dia baru nak beratur makan nasi kandaq. Kawan pulak dapat surat cinta dari MBPP sebab parking di luar kotak. Time cuti pun kerja ka nak saman orang. Boleh tengok menu apa yang Nina order di sini .
Laksa Tempurung, Cendol Pulut, ABC Buah dan Coconut Shake |
Laksa tanpa bawang dan coconut shake sedap!! |
ABC buah pilihan Syed, nampak sedap yang pasti licin mangkuk |
Sebelum ini, Nina pi makan dalam tengahari, tak ramai orang dan tak ada orang mandi dan yang best tu tak payah beratur panjang dan kuah laksa pekat tak ceroi (cair) tapiii bila mai petang punya lah ramai, nak park tepi jalan pun susah, beratur panjang, meja limited dan ramai orang mandi pantai. Haha.. Jadi tips nak makan sini kena awal sekurangnya sebelum pukul 3 ke atas. Boleh makan dengan tenang. Tak dapat nak oder laksa 2 mangkuk. Memang tak puas makan.
Harga laksa |
Stall coconut shake |
ABC sama stall dengan laksa. Cekap dan cepat pekerjanya |
Kawan kolej Nina & tunang dari Ganu . Seronok laki bini main pantai |
Badan kami dah naik. Apa lah nasib masa nak fitting baju nanti. Hahah |
Walaupun stall-stall Ombak Damai ni konsepnya layan diri tapi servicenya cepat untuk stall laksa berserta ABC dan Cendol. Kalini Nina cuba coconut shake. Sedap! Di galakkan bawa tisu sendiri sebab kat sini tak provide tisu. Disebabkan kami pi hari Ahad, dapat la tengok live band sambil layan laksa.
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 2.00 pm - 7.30 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 pm - 7.30 pm
Laksa Tempurung Ombak Damai
Syoknyaa makan2 tepi lautt
ReplyDeletesedapnyeeee.. lama xmkn laksa..
ReplyDeleteterliur..
sedapnya
ReplyDeletetuu ida baratoq naa.. laksa penang memang sedap kan Nina :)
ReplyDeletesalam..hi cik nina..
ReplyDeletewee lama xsinggh sini..update entri pun kurang cmne nk singgh kan..haha
sedap sgt mknan tu.jaga tau.bju nak fitting dgn encik tunang kang..saiz da lain =p
kayaknya enak itu mantap
ReplyDeleteadoi.. meriahnya dia punya ABC.. Puas makan tu.. hehehe
ReplyDeletehati-hati...satgi mak andam kene tetas jahitan kat baju pulak. hahahah
ReplyDeletehahaha.. kena pakai corset lah macam tu
Deletebila nampak orang beratur ni, kalau dtg kena pergi awal laa kan? hehehe
ReplyDeleteyap.. kena dtg pagi2 breakfast laksa. hahha
Delete