26 Sept 2019

Air Boost Juice Bars Sedap

Assalamualaikum Readers
 
 
Air Boost Juice Bars | Pernah dengar tak pasal boost juice? Actually Nina confuse antara Juice Works dengan Boost Juice. Dah la warna hamper sama hijau pucuk pisang. Haha.. Sampai lah dah tunang, baru kenal apa itu Boost Juice Bars! sebab 2 orang adik tunang kerja part time, setiap kali melawat dorang di Queensbay Mall dapat air jus percuma. Kesiannya Nina tak pernah tahu, mungkin juga bukan peminat jus. Boost ni originally dari Aussie.  


Boost Juice Bars (large size) . Disebabkan ketagih, singgah beli untuk mak sekali.
 
Air ni takkan tahan selama berjam-jam sebab sedap


 
Faveret Nina ada 3 jenis iaitu smoothie dan jus (Superfruit Smoothie, All Berry Bang, Berry Crush) . Semuanya berasaskan strawberi dan rasberi. Tak terlalu masam atau manis, lebih kurang minum ice blended versi buah. Sejak start minum, memang ketagih. Haha tapi okay ketagih benda healthy. Dah jarang minum Starbucks. Sesuai untuk yang tengah diet. Banyak lagi pilihan perisa yang boleh dipilih. Harga original size rasanya RM 14.00, selalu minum free, tak kisah pasal harga. Haha..  
 
 
 
Boleh pilih minuman klik sini 

Superfruit Smoothie (Superfruit Energy) - RM 16.00

All Berry Bang
 
Berry Crush - RM 11.00

 
 
Brand minuman kesihatan ni dah lama kat Malaysia. Apa yang menariknya Boost Juice Bars ini semua jus dan smoothie sekurang-kurangnya 98% bebas lemak, tidak menggunakan perisa tambahan, bahan awet, pewarna dan tiada gula atau air. Bukan saja minuman berkhasiat malah rasanya sedap dan segar.
 
 

Minuman ini hanya menggunakan buah-buahan terbaik seperti lobak merah Australia dan bukannya lobak merah China yang rendah mutunya dan semua smoothie mengandungi yogurt TD4 yang dipaten dan diimport dari Australia. Ia mengandungi kultur hidup yang baik dan sesuai untuk system penghadaman.  


7 comments:

  1. kat terengganu xpasti ade ke x..
    kalo ade blh try..

    ReplyDelete
  2. memang nampak sedap tu. tapi belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  3. Adoi.. tengok gambar pun dah sedap.. kalau dapat ini memang bestlah..

    ReplyDelete
  4. gambo tu laa....buat air liur menitik..kena try laa nanti..

    ReplyDelete
  5. kite suka watermelon crush !! yum yum..
    pastu kalo rasa nak healthy sket amek celery n apple je wakaawakakaw...

    ReplyDelete
  6. pernah beli sekali je sebab nak rasa... jus ni mmg sesuai utk yg nk berdiet heheheh

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com