Assalamualaikum Readers
Tempat Makan Best Di Nazzeeras' Café Penang Science Cluster | Nazzeeraz' Kacang Phool Penang | Kalau tak cukup iman di dada, rasanya tiap-tiap bulan boleh habis gaji semata-mata makanan. Ya, ramai cakap Penang syurga makanan, itu tak kira café yang penuh dengan bubble tea. Selain gelaran negeri nasi kandaq, Penang jugak famous dengan kacang phool tau. Salah satu di Nazzeeras'! Berbaloi ternak lemak di sini, rasanya amat lain time makan di JB yang more to Javanese food dan style.
Blogger Penang (kecuali baju peach, boleh jadi asst bakal kak ipaq) |
Board di depan pintu masuk |
Apa yang best kat sini? Mesti cuba set kacang phool dengan side dishnya yang lain. Boleh pilih nak makan dengan roti apa, kuah apa selain Aglio Olio dan Cheese Cake yang sedap. Kek lagi sedap dari Secret Recipe. Memang sedap kacang phool di Nazeera café. 26 Ogos lepas, Nina dan beberapa orang blogger Penang, berkesempatan menikmati beberapa menu signature terbaru. Jomm layan gambar-gambar. Sila tahan air liur. Hehe..
Aneka kek, brownies, pie, muffin dan roti di Nazzeeras' Café |
Barisan menu pilihan kami |
Apa yang best ialah pilihan menu kacang phool yang pelbagai di Nazzeeras' Café. Terdapat beberapa set yang menjadi pilihan kami untuk dicuba dan beraneka jenis minuman dan dessert yang boleh dicuba. Boleh tengok details di bawah ini :
Kacang Phool Set (Beef, Garlic Cheese Toast) |
Untuk menu kacang phool set ini, ia set yang didatangkan bersama roti Benggali serta kuah kacang phool. Kuah kacang phool ini merupakan tekstur kuah yang pekat dan berempah hasil daripada adunan kacang 'fava' (kacang phool / parang), ayam / daging, tomato serta rempah ratus / herba / kari.
Untuk menu ini boleh buat pilihan bagi kuah phoolnya (vegetarian / ayam / daging) serta rotinya (plain / butter / cheese / garlic / garlic cheese / French toast).
Huevos Racheros |
Menu berasal dari Mexico (kauh salsa serta telur). Tetapi di Nazzeera's café ianya diberikan twist tempatan dan ditambah dengan roti bakar. Memang sedap menepati citarasa.
Chili Dip Set (Beef) |
Untuk menu ini, ianya set roti serta kuah kacang phool tetapi untuk kuahnya, ia diberikan sedikit 'twist' yang mana ianya merupakan hasil daripada adunan kuah kacang phool yang ditambah dengan cheddar, mozzarella, feta, bawang dan cili.
Bagi menu ini boleh juga membuat pilihan bagi kuah phoolnya (vegetarian / ayam / daging).
Cheesey Melts (Beef) |
Menu ini juga boleh buat pilihan untuk intinya (vegetarian / daging / ayam / pepperoni / mix). Roti bakar ini merupakan kombinasi Nazzeera's signature bbq sos, caramalized onion bersama inti pilihan serta mozzarella.
Nazzeeras' Signature Salad |
Yang ini memang sedap! Simple, rangup, fresh serta dressingnya meletop dengan taburan buah delima. Menjadi rebutan kami semua.
Pesto Range Pasta with Grilled Chicken |
Pasta bersama ayam. Sebenarnya yang membuatkannya hijau kerana rasa seperti bayam. Bagi nina menu ini sesuai untuk yang gemarkan sayur.
Aglio Olio Pasta with Shrimp |
Menjadi menu pujaan hati sejak dulu, kini dan selamanya. Hahah.. Udang banyak puas hati.
Browned Butter Banana Dessert . Sedap dimakan semasa ais krim tak cair |
Classic New York Cheesecake. Pilihan nina |
Honey Lemon Panas |
Fresh Strawberry Milkshake |
Smoothie Greek Yogurt Avocado |
Ribena Soda Float Iced (pilihan nina) |
Ribena Longan Iced |
Milo Float Iced & Tea O Longan Iced |
Lemon Lychee |
Macam mana? Berselera tengok tak. Hehe.. Bagi yang berminat untuk mencuba roti bakar kacang phool Penang style, wajib singgah ke Nazzeeras' café atau cawangan utama di Tanjung Tokong.
Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool Penang
Alamat : Kompleks Desiran Tanjung,
Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang,
Tanjung Tokong, Penang.
Masa : 7.30 am - 12.30 pm (Breakfast)
7.00 pm - 10.00 pm (Dinner)
(Selasa-Ahad)
*Isnin cuti
Masa : 7.30 am - 12.30 pm (Breakfast)
7.00 pm - 10.00 pm (Dinner)
(Selasa-Ahad)
*Isnin cuti
FB : Kacangphoolpenang
Nazzeeras' Penang Sciences Cluster Branch
Alamat : 37, Gat Lebuh China,
10200 George Town
Masa : 7.30 am - 12.30 pm (Breakfast)
7.00 pm - 10.00 pm (Dinner)
(Selasa-Ahad)
*Isnin cuti
Masa : 7.30 am - 12.30 pm (Breakfast)
7.00 pm - 10.00 pm (Dinner)
(Selasa-Ahad)
*Isnin cuti
FB : Nazzeeras Roti Bakar
IG : @nazzeerascafe
tuu diaa jenuh skrol ke bawah tengok menu2 depa.. nampak sedap semuanya :)
ReplyDeletewah wah dah bukak cafe. alhamdulillah..
ReplyDeletesedap Kacang Pool dia. x penah makan kat Johor so rasa yang Nazeera punya..
semoga bisness makin maju aamin =D
omaiii melelh air liur tengok menu sedap nyaaaa
ReplyDeletesume nmpk sedap!
ReplyDeleteSedapnya tgk mknan dia... Fuyoo boleh try nnti
ReplyDeleteKacang Phool tu memang menarik.. banyak pilihan roti..
ReplyDeletewallaaaaaa semuanya sedapppppp tp sy rs burnt cheesecake tu lg sedap hehehehehe
ReplyDelete