20 March 2019

Laksa Tempurung Ombak Damai, Restoran Tepi Pantai Di Gertak Sanggul, Penang


Assalamualaikum Readers
 
 
 
Laksa Tempurung Ombak Damai, Restoran Tepi Pantai Di Gertak Sanggul, Penang | Laksa Penang Sedap | Penang ni kalau harap pantai memang out dah lepas tsunami dulu. Pantai dah bahaya dan Nina pun tak berani nak mandi. Jadi yang menjadi tarikan kat Penang ni hanyalah makanan! Yeahhh.. Kat sini ada 2 tempat untuk makan laksa tempurung, satu di Balik Pulau dan di Gertak Sanggul. Nina pun tak tahu kewujudan tempat ni, sampai BF bawa. Ya Allah cantiknya view makan sambil menghadap pantai (bukan tempat orang mandi atau berkelah, sebab air tak bersih sangat). Gertak Sanggul ni kiranya dekat dengan Teluk Kumbar, korang boleh waze.
 
 
Laksa Tempurung (Laksa Penang kaw), Cendol Pulut Durian & ABC . Harga tak tahu sebab bf bayar yang pasti mampu bayar. Hehe
 

Makan kat sini memang puas hati ! Semangkuk laksa tak cukup



Haruslah selfie. Panas pun no hal
 

 
Ombak Damai ni konsepnya layan diri dan makanan, minuman boleh dibeli dari gerai yang sama. Cuma kalau nak air kelapa, waffle, char kuew teow dan lain-lain kena beratur di gerai lain. Kat sini tak provide tisu sebab tak nampak pun. Kena bawa sendiri, bagus juga tak lah tisu bersepah sana sini. Kalau belemoih (comot) boleh lap pakai hujung lengan. Haha.. Makan pulak di tepian laut dengan bunyi ombak yang damai. Tak perlu bimbang jika ramai orang, banyak kerusi meja untuk pelanggan.
 
 
 
Signage pun kecik saja. Kat luar jalan tak berapa nampak sebab dilindungi dengan pokok-pokok
 
 
Gerai makan simple saja, jangan la expect macam restoran high class

 
Restoran Ombak Damai dulu tak ramai yang tahu, sekarang dah popular sejak di viralkan oleh Blogger Lan Careno. Kalau hujung minggu ada live band dan meriah. Masa kami datang kereta bersusun, nasib baik datang naik moto sementara tunggu kereta Nina siap basuh dan wax. Pantai kat sini agak bersih dan terjaga. Ada buaian untuk main dan bergambar. Cuma kadang-kadang orang kalau makan sini memang lepak lama sampai tak sedar pelanggan lain tak ada tempat duduk.


 
Waktu Operasi :
 
 
Isnin - Jumaat : 2.00 pm - 7.30 pm
 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 pm - 7.30 pm
 
 
Lokasi :
 
Laksa Tempurung Ombak Damai
 
P224, Jalan Gertak Sanggul, Bayan Lepas (boleh waze atau Tanya budak-budak yang datang berkelah, bersepah tau)
 
 


7 comments:

  1. masa baca entry ni otak sy teringat laksa janggus hehehe

    ReplyDelete
  2. Tarikan sungguh bila dihidangkan dalam tempurung.. Old Skool gitu..

    ReplyDelete
  3. Ingatkan makan dlm tempurung..hehe..laksa mmg fav..

    ReplyDelete
  4. CT nye entry pasal tempat ni nak berkulat da kat draft hahaha.. tah la bila rajin nak siapkan. rasanya lagi best kalo p petang2 sikit. kami p tengah hari. tak ohhhsem walaupun cantik. terik teruk !!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com