Assalamualaikum Readers
Lagi sorang anak buah dah tunang. Umur baru 25 tahun, belum habis master lagi di UPSI, dah disunting orang. Hari bertunang ni pada 9 Mac lepas. Alhamdulillah tahun depan tambah sorang ahli baru. Diharap ahli baru ni masuk air jugak lah. Ya family Nina memerlukan ahli keluarga yang peramah dan masuk air. Kalau tak ada tu jawabnya krik krik la engkau tiap kali berkumpul, tak bersembang dengan orang. Apa ye nak cerita bab tunang anak buah ni? Oh ya, since Nina pun in shaa Allah bakal menyusul, mak cakap nak sponsor kek. Terus Nina order dengan Kak Lis (yang buatkan kek Unicorn untuk birthday tahun lepas). Boleh tengok entri kat sini
Disebabkan tema tunang Uni warna blue mint jadi kek pun haruslah seakan-akan biru jugak. Datang rumah orang mesti kerja nak cari makan, ya makanan itu penting tambah-tambah ada ayam berempah. Majlis buat pukul 11 pagi macam tu, mesti majlis ada nasi. Plan hantaran dari 7 bertukar ke 11 dulang. Haa amekaw. Banyak sangat yang sponsor. Apa pun tahniah buat Uni dan keluarga. Dalam diam-diam bercinta, tiba-tiba bagi tau nak bertunang. Silent relay is the most powerful. Tak perlu nak tayang di socmed.
Sekali sekala berkumpul macam ni selain raya memang meriah. Macam-macam soalan yang ditanya, majlis tu kenapa buat hari jumaat, kenapa tu kenapa ni. Tak terjawab Nina. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, tempoh bertunang ni orang kata macam-macam dugaan.
cantik kaler tema..byk kek & cookies..Alhamdulillah, ramai yg sponsor..
ReplyDeleteinsyallah Nina pulak x lama lagi. jangan lupaaa jemput kiteee =D
ReplyDeleteTahniah Ayuni
ReplyDeleteSelamat btunang ayuni ahya...
ReplyDeleteselamat bertunang kepada pasangan.. semoga dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke alam perkahwinan..
ReplyDeleteLawa betul deko hantaran tu..
ReplyDeleteringkas tapi meriah.. =)
ReplyDeletetahniah
ReplyDelete