30 Apr 2023

Tempat Makan Western Di Town Steel Kitchen, Penang

 Assalamualaikum readers


Tempat Makan Western Di Town Steel Kitchen, Penang | Lama tak makan di sini. Last makan sebelum PKP a.k.a zaman dating. Boleh baca di sini . Hari terakhir di bulan April ni, rejeki jangan di tolak tiba-tiba Mak Tok teringin nak makan Fish & Chips. Sekali sekala layan tekak western nenek hubby ni.




Walaupun Town Steel Kitchen ni dah lama tak datang tapi dekorasi masih sama kecuali pekerja. Yang Nina perasan menu dan pingan pun dah bertukar 😂 Time kami masuk tu memang hujan lebat. Tak ramai orang jadi menu pun sampai cepat. Apalah dosa Nina bila makan kat sini mesti pasta rasa tawar, makanan hubby secukup rasa pulak. Ish timbul rasa was-was di situ.


Seafood Aglio Olio - RM 19.90 + Lemon suam - RM 2.00 (pilihan Nina)

Spaghetti Cabonara - RM 16.90 + Jus apple hijau asam boi - RM 5.70 (pilihan hubby)

Fish & Chips - RM 14.90 + Sirap - RM 1.80 (pilihan mak tok)

Deko di cashier masih sama. Ini kalau Harraz ada tak pasal dia minta bawa balik Hot Wheels


Dua kali makan kat sini, dua kali pasta kurang garam. Kali ni segan nak minta garam. Makan sajalah, janji orang belanja. Hehe.. Overall harga makan kat sini masih reasonable dan tahniah buat owner sebab berjaya 'survive' di kala pandemik. Tak silap dulu sebelum PKP, bersepah restoran makan area Town Steel ni.


Alamat : 31, Ground Floor, Jalan Perda Utara 1, 

Bandar Baru Perda 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


29 Apr 2023

Pengalaman Menginap Di Malibest Resort, Langkawi

 Assalamualaikum readers


Pengalaman Menginap Di Malibest Resort, Langkawi | Move out dan move in ke sini, nasib lah ini hotel fav baba Harraz sebab dia tau anak sejenis suka mandi pool tapi alergik pasir pantai. Geli-geli gituw bila pijak pasir 😌 Waktu petang, kemain bising dengan bunyi-bunyian suara budak dari pool. Memanggil kami 3 beranak untuk turun. Ohh ya, pool kat sini ada 2 gelongsor ya. Jangan expect pool bersih sebabnya banyak pasir pantai dan daun-daun berguguran di dalam kolam. Haa redha jelah Nina oii..


Gambar dari Agoda

Bangunan baru masih belum beroperasi


View dari bilik

Malibest resort ni ada bermacam jenis bilik, ada atas tanah depan pantai, ada bangunan ada atas pokok. Haa pilih nak stay kat mana. Nina tak kisah hotel tapi bilik air dan pool haruslah bersih. Kalau tak ada anak tu lain cerita. Kalau nak book, pastikan book FAMILY ROOM ya. Baru dapat bilik sebijik-sebijik depan laut. Harga sangat reasonable untuk satu malam.



Gambar dari Agoda - jangan expect kolam macam ni, kecuali awal pagi


2 katil kami cantumkan jadi katil saiz king

Tembok tak berapa selamat sebab sama paras dengan ketinggian Harraz



Tempat parking tapi terhad

Depan Malibest ada khemah untuk sewa jet ski. Kami terus book sebab mereka sediakan life jacket untuk budak under 2 tahun. Tiada gambar selfie 3 beranak naik jet ski sebab tak bawa fon

View depan bilik MIL

View waktu malam, mesti ada lampu bot candat sotong


Bila search review tak banyak pasal hotel di Google, kalau ada pun blogger update benda merepek. Bukan cerita kemudahan-kemudahan yang ada. Bilik kami di tingkat 3, betul-betul depan pool. Sambil tu layan view laut walaupun terlindung dengan pokok-pokok. Sekurang-kurangnya bilik tak lah macam Landcons Hotel. Banyak plug boleh guna untuk caj phone. Tak ada kami laki bini berebut plug. Terlupa nak ambil gambar sudut TV 😂 Rushing snap gambar terus tukar baju mandi. 


Antara kemudahan yang ada :


1. Peti sejuk (memang sejuk)

2. Siap dengan 5 hanger

3. Peti simpanan barang

4. Iron dan iron board di luar bilik

5. TV yang berfungsi

6. Kerusi untuk duduk dan bersolek

7. Cermin besar

8. Sewa jet ski

9. Aircond bilik cepat sejuk

10. Kemudahan parking disediakan tapi agak terhad

11. Ada water heater


28 Apr 2023

Review Drama Wednesday (2022) Di Netflix

Assalamualaikum readers


Review Drama Wednesday (2022) Di Netflix | Setelah 3 hari pulun tengok drama bersiri Top 10 di Netflix, hari ni baru berjaya tengok dengan rasa teruja. Tak sabar tunggu Season 2 yang bakal di tayangkan di Netflix.



SINOPSIS :


Wednesday salah satu watak dalam siri kartun popular The Addams Family, spin off kisah pasal anak perempuan keluarga Addams pula. Kisah bermula apabila Wednesday (Jenna Ortega) dibuang sekolah kerana cubaan membunuh rakan sekolahnya sebab tak puas hati dorang buli adiknya, Pugsley (Isaac Ordonez).


Saat Wednesday lepaskan piranha dalam kolam


Kisah remaja perempuan dengan gaya gothic yang di tukarkan ke sekolah baru sebab masalah disiplin. Morticia Addams (Catherine Zeta-Jones) dan Gomez Addams (Luis Guzman) membuat keputusan menghantar anak perempuan mereka ke Nevermore Academy yang terletak di bandar kecil Jericho iaitu sekolah khas untuk golongan outcast seperti ikan duyung, serigala jadian dan makhluk raksasa lain. Penduduk tempat memangil mereka pelajar-pelajar buangan.


Keluarga Wednesday


Wednesday memberontak tidak mahu bersekolah di situ dan tak nak ikut jejak Morticia dan Gomez tambahan selalu rasa dirinya yang terbaik. Jadi tak nak dibayangi kejayaan ibunya yang merupakan pelajar terbaik di sekolah itu.


Akademi Nevermore


Enid ni roomate Wednesday. Wednesday alergik pada warna-warni

Wednesday seorang introvert dan merasakan kawan tak penting dalam hidupnya. Kesian Enid (Emma Myers) yang try hard nak rapat dengan Wednesday


Dia membuat rancangan untuk melarikan diri dari Nevermore dengan bantuan Tyler Galpin (Hunter Doohan), seorang barista dan anak sheriff di Jericho. Di saat akhir, Wednesday membatalkan niatnya apabila ada kejadian misteri yang membuatkan dia tertarik untuk menyiasat.


Uncle Fester

Thing, pergelangan tangan yang banyak bantu Wednesday

Memang kelakar tengok tarian Wednesday

Tyler ni romantik tapi sebaliknya


 Wednesday terjebak dalam beberapa kemalangan yang menyeru dia untuk menyiasat, melanggar peraturan sekolah dan menggunakan kelebihan psikik untuk menyelesaikan kes misteri melibatkan rahsia silam keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Kes misteri yang disiasat oleh Wednesday semuanya berkaitan dengan moyangnya, Goody Addams dan pengasas bandar Jericho, Joseph Crackstone yang tak suka dengan golongan outcast lalu bertindak membunuh mereka semua. Goody terselamat bangkit membalas dendam.


Siapa sebenarnya Hyde ni?

Cikgu botani


Bertahun masa berlalu, ramai yang percaya semua waris Crackstone telah meninggal dunia jadi pembalasan dendam antara dua pihak ini sudah tamat. Wednesday dapat tahu Laurell Gates merupakan satu-satunya waris Crackstone yang masih hidup dan menukar identitinya dan menggunakan raksasa Hyde untuk membalas dendam pada Nevermore. Siapa sebenarnya Laurell yang juga tuan kepada Hyde?


Dalam cerita ni, ada beberapa misteri yang Wednesday gigih merungkai sebab misteri itu melibatkan keluarga dan keturunannya sendiri.


1. Misteri kematian Rowan Laslow.

2. Kemunculan raksasa.

3. Rahsia kelab Nightshade.

4. Rahsia lukisan Rowan Laslow.

5. Kehilangan buku mantera Goody Addams.

6. Kematian mangsa raksasa.

7. Kebakaran sarang raksasa.

8. Kemalangan Eugene Otinger.

9. Penangkapan ayah Wednesday, Gomez Addams.

10. Pembunuhan datuk bandar Jericho.

11. Kematian Dr. Valerie Kinbott.

12. Misteri makhluk bernama Hyde.

13. Identiti sebenar Tyler Galpin.

14. Siapa sebenarnya cikgu botani, Marilyn Thornhill.

15. Kebangkitan semula Joseph Crackstone.


Terus terang, siri drama ni tak sesuai untuk anak-anak bawah umur tengok. Sebab cerita ni ada beberapa babak sihir, bercumbuan dan pemikiran Ateis, yang tak percaya wujudnya syurga dan neraka.


27 Apr 2023

Review Filem Tiga Janda Melawan Dunia

Assalamualaikum readers


Review Filem Tiga Janda Melawan Dunia | Cuti raya seminggu lebih, habiskan masa tengok anak, tengok Netflix, tengok balang biskut raya dan repeat sampai malam 😂 Itu pun kalau tak ada orang datang beraya di rumah. Lately ni, banyak sangat kisah janda dalam Tik Tok siap lagu lagi, jadi trend gamaknya.




Filem Tiga Janda Melawan Dunia atau dalam BI : Three Widows Against the World merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2022 arahan Hyrul Anuar. Filem ini mengisahkan tentang tiga janda yang berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalini.




SINOPSIS :


Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) adalah tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini (Norman Hakim). Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir buat peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert berharga RM 15 ribu yang hanya terhad kepada 100 orang. Ani berjaya dapatkan tiket tersebut tapi kerana hati busuk Datin Martipah (Rosnah Mat Aris), tiket mereka bertiga dikoyak sehingga hancur. 



Datin Martipah sailang tiket



Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya. Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga vape di kampung yang berjaya mendapat income RM 30,000 sebulan, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan Fikri (Abbas Mahmood), seorang pembantu makmal dan buah hati Ana, anak Midah tapi Midah tak setuju mereka bercinta.


Perisa vape berasaskan bahan dari getah pisang



 Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat, malangnya perisa vape mereka mendapat perhatian pengedar dadah. Hal ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Dalam keghairahan mereka untuk ke konsert tanpa sedar, mereka diburu. 


🌟🌟🌟🌟


19 Apr 2023

Tengok Penguin Di Underwater World Langkawi

Assalamualaikum readers


Tengok Penguin Di Underwater World Langkawi | Sambung selagi boleh, nanti seronok raya terus lupa nak taip apa 😂 Alang-alang cuti panjang, blog pun rasanya cuti jugak. Bila ada anak ni, motif utama kena bawa tengok haiwan laut yang ada secara live atau realiti. Sejak lahir Harraz tengok haiwan laut dalam TV.








Alang-alang di Underwater World masih ada penguin kami pun masuk la. Last Nina masuk sini masa Form 1. Belum ada penguin pun lagi. Alhamdulillah, ada rezeki bawa anak ke sini. Boleh kaji peel Harraz, rupanya memilih haiwan dia ni 😂 Tak semua ikan dia suka. Ikan warna gelap macam pari dengan jerung memang tak layan tapi penguin layan.






Mula-mula masuk pengunjung akan rasa suasana macam dalam hutan dan terbuka. Ada burung bangau, spesis-spesis ikan kecil, ikan arowana, tengok monyet Common Marmoset (monyet paling kecil di dunia), penyu dan macam-macam lagi.










Upside-down Sea Jelly

Has lacy frilly ruffles. It lives on the bottom of mangrove swamps and is in fact upside down in its natural state. Algae Zooxanthellae live inside this sea jelly tissues that provide it a food source. 





Lepas tu barulah masuk dalam bangunan seolah-olah berada di dalam laut. Macam-macam spesis ikan bersaiz kecil dan besar terutama ikan laut dalam dan paling menarik dapat tegok penguin buat show. Tak semua hari ada pertunjukan penguin. Ada rezeki nak tengok penguin jalan terkedek-kedek.







 

Selesai tengok penguin, tengok spesis kuda laut, ikan nemo, obor-obor, ikan pari, jerung dan ikan-ikan yang lain. Last sebelum keluar akan jumpa pameran jenis-jenis kulit siput dan boleh shopping souvenir dan coklat di duty free zone. Selamat melayan gambar-gambar. Kalau share semua tak surprise lah nanti untuk sesiapa yang plan nak cuti-cuti di Langkawi lepas raya 😊