19 Aug 2020

Makan Best @ Town Steel Kitchen, Bukit Mertajam

Assalamualaikum Readers


Makan Best Di Town Steel Kitchen, Bukit Mertajam | Sebelum lupa apa yang kami berdua makan beberapa hari sebelum PKP baik abadikan dulu dalam blog. Bersepah gambar makanan dalam fon. Berpinar mata 🤪 15 Mac lepas, lupa dah kenapa Nina keluar dengan tunang tapi yang pasti dia ajak makan sebab takut PKP 😂 Jadi ini restoran last kami dating sebelum kena berkurung 😅


Makan Best Di Town Steel Kitchen, Bukit Mertajam





Walaupun time tu dah sampai separuh jalan, hujan lebat. Singgah masuk Perda cari kedai makan, pusing punya pusing terjumpa kedai ni. Deco di dinding memang menarik sesiapa saja. Suasana masa tu ramai dengan manusia. Makanan sampai agak lambat. Nak kata kena sabotaj, berdosa pulak. Pasta Nina tu rasa tawar 🤣🤣 Angin kuskus mai dah, terus panggil waiter mintak garam 😒 Pasta tunang sedap pulak. Eh.. lupa letak garam ka? Air biru tu kami share sebab besaq gedabak.



Spaghetti Chicken Buttermilk (pilihan Nina)
 

Seafood Aglio Olio (pilihan hubby)





Overall, sedap jugak bila tambah garam. Makan sampai licin. Dah boleh dine in kat restoran, kami tak sempat nak makan sini sebab malas nak menyeberang Penang Bridge 🤣😅 Pulak tu bulan 8 ni, kes bukan main canak naik. Lagi takut nak ke sana ke sini. Yang mana plan cuti-cuti Mesia ke Penang tu, mai la singgah Town Steel 😋


6 comments:

  1. Mknan sedap, ramai pelanggan..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik makanan itu boleh sedap lepas letak garam.
    Jaga diri.

    ReplyDelete
  3. Selalunya makanan boipren memang lagi sedap. Pastu dia buat muka bila kita mintak tukar. Haha

    ReplyDelete
  4. nampak sedap...haah...kes makin byk plak sekarnag....

    ReplyDelete
  5. makanan encik tunang nampak menyelerakan

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com