Makan Di Suffolk House Penang | Murah rezeki kawan Nina sebab dia rajin belanja makan. Nina pun rajin belanja dia kira win-win situation gitu. 22 Ogos lepas, baru kami sempat ke Suffolk House sebab kawan demam 2 minggu (demam biasa bukan Covid). Disebabkan kelas bahasa German dia sebelah bangunan Suffolk ni maka kami ber-reunion berdua kat sini. Kat sini sesuai untuk bermadu asrama dengan tersayang dengan suasana lampu tidur. Terus makan rasa nak tidur 😂😂
Hi Tea Di Suffolk House Penang |
Suffolk House Penang ni lebih kurang bangunan lama zaman British yang dijadikan restoran makanan. Nak romantik dengan suami boleh ke sini. Sesuai untuk santai-santai tanpa suara bising macam kat restoran biasa. Harap boleh try menu dinner pulak 😜😋 Menu-menu untuk dinner boleh tahan meriah jugak.
Tempat makan romantik di Penang |
Untuk menu hi tea kami ni, menu agak out sikit dari segi kesegaran. Scones memang tak sedap sebab tak dihidangkan panas-panas. Akmar bukan saja partner makan-makan tapi dia juga bekas partner travel dan si tukang beli souvenir kalau travel ke Europe 😜😜 Kerja di Mattel menemukan kami, sekarang dia sayang nak tinggalkan Bosch. Harap tak buat plan gila nak keja oversea. Sudah-sudah la stay US bertahun-tahun. Sayang dah beli rumah sendiri kat Penang dan family di Balik Pulau 😌 Semoga dia bertemu jodoh, nak jugak kahwin lepas tengok Nina dah ada suami.
Wah English hi-tea.
ReplyDeleteMoga masing-masing murah rezeki. Harap silaturrahmi tidak put us.
Nampak eksklusif. Takut nak gi, kawan2 semua jenis borak kuat2. Takut kena halau
ReplyDeleteperantin baru maciam mak datin dah hhhaaaaaiiiihhhh
ReplyDelete