Assalamualaikum Readers
Review Maybelline Superstay Matte Ink | Seriussss best pakai! Finally jumpa lipstick yang tahan lama dan tak melekit. Minum pun lekat sikit saja di cawan, but still tahan walaupun menyelam banyak kali 😬😬 Sampaikan mak tok (nenek hubby) pun tanya pakai lipstick apa sebab lepas makan tak perlu touch up 😂😂 mak tok pakai lipstick Neelofar okay! Janji nak beli tapi susah sebab kena guna apps untuk cari warna yang sesuai dengan kulit. Nina pilih kod 130 Self-Starter 😍
Dulu pakai Maybelline Color Jolt Matte tapi tak tahan dan agak melekit di bibir. Nina beli 15 Julai lepas di Watsons, rupanya leceh bila nak cuba lipstik kena scan (barcode). Tak boleh test di tangan sebagainya. Covid guys, kalau salah beli nasib lah. Kena stay sejam semata-mata dok test satu-satu tone warna 🙄😒 Nasib pi beli hari weekdays tak ada orang. Macam ni la rupanya nak beli lipstick Maybelline time Covid 🤣
Maybelline Superstay Matte Ink memang superstay! Beli di Watsons murah sikit dalam RM 29.80 . Nak hasil yang best, make sure berus bibir buang segala kulit mati baru cantik berkilat bila pakai. Biarkan lipstick kering betul-betul. Pakai sikit pun dah ok sebab tekstur pekat. Bila nak tanggalkan makeup kena tonyoh berkali-kali sebab susah nak bersihkan bibir 😂😂 Yang mana nak cuba, boleh singgah Watsons dan try apps tu, rasa macam main game pun ada. Pilih tone warna dan scan di bibir.
Cantik warna dia..
ReplyDeleteTang buang kulit mati tu setuju. Lipstick harga beratus pun tak guna kalau pakai atas bibir mengelupas
ReplyDeletecantik...
ReplyDeleteduta maybelineeeee gitchew
ReplyDelete