13 Apr 2023

Cara Mengadakan Mesyuarat Dengan Lebih Berkesan

Assalamualaikum readers


Cara Mengadakan Mesyuarat Dengan Lebih Berkesan | Alhamdulillah petang ini berakhir mesyuarat mingguan untuk semua branch sebelum semua bercuti. Minggu ni dua meeting kena attend gantikan manager yang outstation. Cara GCEO adakan meeting tiap-tiap minggu ni untuk selesaikan masalah/isu yang ada di setiap branch, meeting pun chill saja. Selesai meeting selfie depan PC.




Cara Adakan Mesyuarat Dengan Lebih Berkesan



#1 Tentukan tujuan mesyuarat


Buat agenda mesyuarat terlebih dahulu sebelum nak bentangkan, setiap masalah yang selesai/belum selesai, invoice, payment etc. Jadi bila sampai turn Nina, dah boleh cakap from A-Z. Kalau belum sampai turn tu, sambung kerja. 


#2 Tentukan waktu mesyuarat


Kebiasaannya, semua branch dah tahu setiap hari rabu dan jumaat akan ada weekly meeting dan waktunya sekali. Untuk bulan puasa ni, hari dan masa meeting pun diubah untuk mudahkan staff.


#3 Jemput ahli mesyuarat yang berkenaan


Janganlah meeting, jemput semua staff masuk sekali. Hanya jemput seorang staff untuk satu branch saja. Cepat dan mesyuarat pun tak melalut. Hanya bercakap bila perlu sahaja. Jangan lupa catit minit mesyuarat.


#4 Bercakap dengan nada yang lembut dan sopan


Mulakan mesyuarat dengan bacaan doa dan berikan salam untuk beragama islam dan selamat sejahtera untuk bukan islam. Cakap dengan sopan dan teratur supaya semua orang di dalam mesyuarat boleh dengar apa yang kita sampaikan.


So far setakat ni, tak ada lagi perasaan takut masuk meeting kena tanya soalan-soalan. Company Nina kerja bukan macam dalam drama melayu 😂 Lebih ke arah santai, ada ketawa juga.


3 comments:

  1. senang kan leh leh buat meeting virtual mcm ni....

    ReplyDelete
  2. kami dah xde lg dah meeting online semua f2f. tarikh dah tentukan setiap bln. 28hb. lps tu pandai2 laa mcm mn nk present time meeting

    ReplyDelete
  3. meeting yg straight to the point mmg sy suka. cpt habis. cpt selesai. kalau mukadimah je dah setgh jam hmmm x tau laa nak ckp apa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.