12 Apr 2023

Tips Meringankan Blog Yang Berat

Assalamualaikum readers


Tips Meringankan Blog Yang Berat | Lama tak share tips blogging, apa yang mendorong untuk publishkan entri ni sebab rata-rata blog yang Nina terjah 'agak berat'. Itu tandanya kena ringankan blog secepat mungkin. Bukan apa, diri sendiri akan auto keluar dari blog tersebut kalau blog dia terlalu berat. Kalau perasan, dah banyak widget Nina remove sebab nak ringankan blog. Meh nak share tips ringkas.




Kalau boleh, bila klik blog orang lain, terus muncul di screen, dah tak ada loading-loading ni. Salah satu cara, pastikan sentiasa menyemak dan membaiki broken link yang ada di blog. Bagi yang nak tahu tips, boleh teruskan bacaan.


TIPS RINGANKAN BLOG YANG BERAT


Di bawah ni, Nina senaraikan beberapa tips untuk meringankan blog korang yang berat. Jom semak.


#1 Jangan Letak Terlalu Banyak Widget


Biasanya ramai yang seronok letak widget banyak-banyak. Samalah masa jadi newbie dulu. Bila widget dah penuh di kiri dan kanan sidebar blog, maka ianya akan memberatan blog korang dan automatik blog akan jadi lambat loading.


#2 Jangan Banyak Kolom Di Blog


Perasan tak kalau letak kolom di kiri kanan untuk sidebar, eh macam semak pulak. Akhirnya letak 2 kolom, kiri untuk sidebar dan kanan untuk entri. Orang ni nak baca entri bukannya nak tengok sidebar.


#3 Kurangkan Jumlah Entri Dalam Blog


Ini bukan bermaksud tak update entri, entri hanya 2-3 entri di home blog. Kalau sampai 10 entri di home, salah satu penyebab blog berat. Setakat ini, hanya 2 entri dan blog loading lajuuu bila buka guna fon.


#4 Tak Perlu Upload Banyak Gambar Di Sidebar


Ada terjumpa blogger letak berkeping gambar di sidebar. Pening jugak, better upload di social media lain. Blog pun tak berat.


#5 Susun Semua Jenis Gadjet Di Sidebar


Boleh susun bermula dengan gadget paling berat contoh macam chat box, chat box letak di bahagian bawah sidebar. Follower gadget pun sama. Senang bila blog loading tak jadi berat. Sebab gambar follower akan memberatkan blog.


Kesimpulannya, sebelum ini macam tak kisah sangat bila blog berat sebab yakin orang akan baca. Hakikatnya siapa nak baca blog yang loading macam siput? Harap entri ni membantu blog yang bermasalah. 


9 comments:

  1. sangat setuju. kekadang widget ini banyak javacript . Sebab itu loading lambat kerana javacript sedang bekerja

    ReplyDelete
  2. Mekasih kongsi tips. Nanti saya check blog saya.

    ReplyDelete
  3. pergh.. nina dah jadi sifu blogger dah..

    ReplyDelete
  4. lazim widget laa yg beratkan blog. bagi yg baru join blog mesti teruja nk psg mcm2 widget

    ReplyDelete
  5. kalau loading lama nau tu mesti x byr bil😂

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.