10 Apr 2023

Taman Tema Air Splash Out Langkawi

Assalamualaikum readers


Taman Tema Air Splash Out Langkawi | Taman Tema Air Pertama Di Langkawi | Hari ke dua di Langkawi, pukul 10 pagi dah tercongok depan kaunter. Hampir 30 minit menunggu untuk beli tiket sebab ada masalah pembelian kalau beli tiket online. Better walk in kalau nak selamat.





Taman tema air Splash Out Langkawi dibuka pada 15 Disember 2019 dan yang pertama di Langkawi. Dimiliki oleh syarikat tempatan, Halim Mazmin Group yang terletak di Pekan Kuah. Taman tema ini berkonsepkan Magis dan Fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik. Sila bawa tuala sendiri.


Harraz dah garu kepala, nak main gelongsor mana 1

Jangan risau, ada cafe dalam taman tema ni



Di depan kawasan mandi untuk kanak-kanak bawah 5 tahun


Pelampung free

Semua mainan, kami laki bini try


Aktiviti Menarik Di Splash Out Langkawi - boleh tengok di sini

- terdiri daripada 12 permainan air yang menarik dan mencabar mengikut kesesuaian umur. Antara tarikan menarik seperti berikut :


1. Wild Water

2. Sprinkle Island

3. River of Life

4. Ragin Racer

5. Poseidons Revenge - had berat maks 200kg (2 orang)

6. Splash Tacular

7. Perfect Storm - had berat 150-270kg (3 atau 4 orang)

8. Shipwreck Falls - had berat 150-270kg (3 atau 4 orang)

9. Big Splash Kingdom

10. Rainbow Rider

11. Splash Python

12. Splash Twister


Rainbow Rider

Sempat ambil video ni dari SIL. Yang lain belum minta. Puas hati naik 2 kali

Ragin' Racers - Hubby dah naik dulu dengan geng laki, Nina naik dengan geng gegirl tapi tertinggal sorang sebab tak cukup berat kot 😂 Serius nak muntah wey

Poseidon's Revenge (gelongsor biru) - gelongsor biru ni naik dengan hubby tapi penat sebab kena bawa pelampung naik tangga. Hazab dan nak putus urat nak sampai atas tapi have fun!

Gelongsor ni tak berani main sebab SIL bongsu berdarah hidung. Sakit badan katanya.

Alhamdulillah tak terkandas di tengah-tengah gelongsor macam orang lain. Tak tahu lah rupa muka macam mana


Harga Tiket :


Dewasa (13-60 tahun) - RM 45 

Kanak-kanak (90cm - 12 tahun) - RM 31.50

PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun & di bawah ketinggian 90 cm

PERCUMA untuk warga OKU (mesti kemukakan kad OKU)



Kami ambil locker medium (dalam gambar)



Alamat :

79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas 07000 Langkawi.


Waktu Operasi :

Isnin - Khamis : 10 pg - 6 ptg

Jumaat - Ahad : 10 pg - 7 ptg


12 comments:

  1. Wah, bestnya. Last sekali pergi Langkawi bulan 8 tahun 2019 masa tu tak bukak lagi taman tema ni. Harap ada rezeki ke langkawi lagi.

    ReplyDelete
  2. Lamanya kami tak pegi Langkawi. Makin menarik tempat2nya. ;)

    ReplyDelete
  3. taman tema bestkan. mndi manda.
    bwa ank2 kecik happyy. dorng

    ReplyDelete
  4. tapi kalau walk in kompem ke bleh dpt tix?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tiket tp kena dtg pg lah baru puas nk main semuaa

      Delete
  5. serammm dooo naik gelongsor tp x leh gerak lbh2 kat tgh2😁😁

    insya allah ada rezeki nk g jg laa ke sini... at least ada tmpt lain nk pegi selain kedai cekelat😂

    ReplyDelete
  6. Bestnya! lama tak gi themepark! susah jugak kalau ringan sangat kan. ada ride tak boleh naik sebab bahaya

    ReplyDelete
  7. terhantuk ke tu sampai berdarah hidung?

    ReplyDelete
  8. kalau walk in confirm dpt eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli online sistem problem. nk selamat beli walk in

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.