9 Apr 2023

Review The Night Agent Di Netflix

 Assalamualaikum readers


Review The Night Agent Di Netflix | Semalam berjaya habiskan marathon tengok siri drama 10 episod di Netflix. Termasuk dalam senarai Top 10 drama, The Night Agent bakal muncul dalam Season 2 tidak lama lagi. The Night Agent diadaptasi dari novel berjudul sama ditulis oleh Matthew Quirk, yang mengisahkan seorang agent FBI yang bekerja di Rumah Putih.



Sinopsis :


Agent FBI, Peter Sutherland (Gabriel Basso) sedang dalam perjalanan menaiki keretapi bawah tanah sebelum melihat seorang lelaki yang meletakkan beg dan keluar ke stesen lain. Rupanya terdapat bom dan berjaya menyelamatkan penumpang yang lain.


Sorang gadis, Rose Larkin (Luciane Buchanan) menyaksikan mak cik dan pak ciknya dibunuh sebelum dia melarikan diri. Salah seorang pembunuh melihat Rose dan menjadi target seterusnya. Rose dibantu Peter untuk menyelamatkannya.



Tugas Peter sebagai Night Agent adalah untuk melindungi Rose. Mak cik Rose memberikan no hotline Night Action (program darurat untuk para agent pemerintah) di mana Peter menjawab panggilan itu. 



Diane Farr, ketua staf Rumah Putih yang juga ketua Peter, antara orang yang disyaki kerana maklumatnya terdapat dalam pendrive milik mak cik Rose. Terdapat juga clue di mana anak Presiden, Maddie Radfield (Sarah Desjardins) yang juga di bawah jagaan agent, Chelsea (Fola Evans-Akingbola) dan Erik Monks (D.B Woodside) sepatutnya menjadi mangsa dalam pengeboman keretapi.



Plot drama menjadi menarik apabila Maddie diculik dari rumah professornya, Peter dan Rose menjadi kambing hitam dan pelarian. Peter dan Rose perlu mencari siapa dalang pengeboman dan penculikan Maddie. Apa yang jadi seterusnya, berjayakah mereka mencari dalang di sebalik Rumah Putih?


🌟🌟🌟🌟

6 comments:

  1. dah tgk dah..,.best & layan sgt

    ReplyDelete
  2. pelakon semua tak kenal. tapi nampak macam best. bolehlah layan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kn terima hakikat sal... bla msk netflix no more hollywood stars😁

      Delete
  3. igt tadi matt damon.. ada iras2

    ReplyDelete
  4. mcm mn dia tahu dlm beg tu ada bom?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.