31 May 2023

Makan Daging Masak Hitam Di Tiga Budak Gemok

Assalamualaikum readers


Makan Daging Masak Hitam Di Tiga Budak Gemok | Godek-godek fon baru perasan, menu berbuka puasa tahun ini rupanya tak update. Hehe.. Salah satu sebabnya, kami baru perasan ada menu daging masak hitam tapi bila tengok dalam Food Panda tak ada pun. Mungkin menu untuk bulan puasa sahaja kot.


Set Daging + Telur + Tempe + Air Sirap = RM 20.00


Maaf gambar blurr sebab tak sabar nak berbuka masa tu


Menu-menu di Tiga Budak Gemok ni tak pernah jemu kalau pi makan. Sebelum ni dah pernah try Set Ayam Kicap dan Lala Lemak Cili Padi. Kedua-duanya sedap dan menepati citarasa tekak melayu yang memang sukakan pedas. Nasib baik time buka puasa di restoran, masih ada meja kosong. Cepat-cepat Nina book!


Setakat ni, memang puas hati makan di restoran Tiga Budak Gemok sebab portionnya sangat banyak. Percayalah 2 kali, kami laki bini pi berbuka puasa tahun ini, memang bungkus bawa balik sebab tak habis, siap boleh simpan makanan untuk sahur 😂 Semoga murah rezeki owner!


30 May 2023

Senarai Restoran Halal Di Malaysia

 Assalamualaikum readers


Senarai Restoran Halal Di Malaysia | Menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam mencari yang halal. Tak kiralah rezeki atau pun makanan. Di Penang dah jadi satu trend, majikan non-muslim, tiada sijil halal tapi pekerja melayu. Senarai restoran ni, di ambil di website Jakim ya.


SENARAI RESTORAN HALAL DI MALAYSIA




Senario ni boleh nampak bila weekends atau cuti sekolah, pelancong local a.k.a netizen yang pantang nampak kedai viral terus serbu, asalkan nampak muka melayu. Viral kalau halal dan sedap, tak apa jugak.


SENARAI RESTORAN TIDAK HALAL




Nak tak nak kenalah rajinkan diri research dulu kedai-kedai untuk JJCM. Semuanya di hujung jari. Sekarang kedai nasi kandar pun, dah ambil stok ayam, daging dari tokey cina. Nama kedai-kedai tu biarlah rahsia. Kalau rajin In Shaa Allah, Nina publish senarai kedai nasi kandar famous dan sedap di Penang ya! Ini yang tak sedap pun bersepah muka orang luar 😂


27 May 2023

Suami Kemalangan Di Tol Sungai Dua

Assalamualaikum readers


Ajal dan rezeki semuanya di tangan Allah. Malang tak berbau, walaupun setiap minggu mesti ada trip ke Kuala Kedah, hubby terpaksa bawa lori sebab driver sebelum ini dah berhenti dan bos tak nak ambil pekerja lain. Walaupun tahu risiko bawa lori ni 'high risk' tapi sebab nak cari rezeki tiada pilihan.



Keadaan lori yang hubby pandu. Hari kejadian tu, merasa jadi Spiderman. Badan tergantung


Pagi 25 Mei, jam 10.54 pagi terima call dari hubby. Dia kata accident, lori terbalik. Memang pagi tu dia kata kena pi jeti Kuala Kedah, hantar motor-motor customer ke Langkawi. Terus drive dari Bayan Lepas ke Sungai Dua, Butterworth. Nina tak kira dengan speed trap yang ada haritu, janji nak cepat sampai.


Ini lori yang langgar lori hubby, boleh nampak kesan tayar sebab brek mengejut. Sah bawak laju ni. Tak boleh brain nak dekat dengan tol tapi boleh laju lagi

Kesian orang Langkawi tak dapat merasa motor-motor baru


Sampai tempat accident, polis dah sampai, bayang ambulance tak nampak. Sedangkan Hospital Seberang Jaya dekat saja. Bayangkan lori langgar lori. Alhamdulillah.. tiada kecederaan yang serius. Selesai buat laporan, terus ke hospital untuk check, takut ada kecederaan dalaman.


Kalau pi hospital gomen, agaknya boleh bawa bantal kot sebab tunggu giliran yang lama


Tunggu buat CT Scan

Alhamdulillah

Nina decide bawa hubby check up di hospital swasta saja sebab nak cepat. Bila ada insurans ni tak risau sebab boleh claim. Tak semua orang bernasib baik dapat majikan yang bagus tak seperti bos hubby ni. Kalau tengok di TikTok, semakin ramai pemandu lori dan treler dah pasang dashcam untuk keselamatan. Jika berlaku kemalangan, netizen akan sesuka hati label, pemandu-pemandu kenderaan besar yang salah 💁 


26 May 2023

Review Drama XO, Kitty

Assalamualaikum readers


Review Drama XO, Kitty | The first drama ala-ala Korea yang Nina layan di Netflix. Mungkin sebab tarikan muka-muka pelakon vs dialog in English mixed Korean gitu. AMARAN : ada adegan kiss sana sini dan LGBT. So, boleh skip.


XO, Kitty ada 10 episod. Antara drama dalam Top 10 di Netflix. Kena tunggu Season 2. Apa yang jadi antara Kitty dan Min HO lepas sama-sama dalam satu flight ke Los Angeles. 




SINOPSIS :


Berkisar tentang Kathrine Song Covey (Anna Cathcart), yang tidak sabar untuk berpindah ke Seoul untuk bertemu teman lelaki jarak jauhnya, Dae (Choi Min-young). Dia mendapat biasiswa untuk bersekolah di K.I.S.S (Korean Independent School of Seoul). Ibu Kitty pernah bersekolah di sini termasuk Dae.



Yuri dan Dae


Kitty teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang ibunya yang sudah meninggal dan untuk buat kejutan pada Dae. Tetapi, hatinya hancur apabila Dae bercinta dengan Yuri (Gia Kim).


Q dan Min Ho



Pengurusan sekolah keliru dengan nama akhirnya, Song Covey, jadi mereka tempatkan Kitty di asrama lelaki, sebilik dengan Dae, Q dan Min Ho. Ibu Yuri ialah pengetua sekolah KISS, dan ibunya adalah kawan baik ibu Kitty semasa di sekolah.


Rupanya Yuri ada abang tiri

Kitty dan pengetua sekolah


Lama kelamaan, Kitty mendapat tahu Yuri dan Dae mempunyai hubungan palsu kerana ibu Yuri tidak restu hubungan Yuri dan Juliana. Hubungan Kitty dan Dae pulih tetapi bagaikan mimpi Kitty tak gembira dapat bersama Dae. Sebabnya dia jatuh cinta pada Yuri. Yess, drama ni putar belit. Sekejap suka lelaki, kejap suka perempuan. Adakah Kitty lesbian? Tidak pasti.


🌟🌟/5


25 May 2023

Review Filem Day Shift (2022)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Day Shift (2022) | Banyak sebenarnya review drama dan filem dalam draft yang berjaya di publish dalam bulan ni. Yeahhhh yabedabeduuu! 💃


Antaranya filem di Netflix ni yang Nina tengok dari tahun lepas, lepas tu baru teringat eh, tak publish lagi lah. Haha.. Filem ni berkisar pada vampire yang berleluasa di kawasan bandar US. Yang memang penakut tak digalakkan tengok.



SINOPSIS :


Bud Jablonski ialah seorang suami dan ayah yang menyara keluarga sebagai pembersih kolam. Kerja hakikinya ialah memburu dan membunuh pontianak. Bud melihat sorang lelaki keluar dari rumah tempat dia bekerja. Kemudian,  memecah masuk ke dalam rumah dan menjumpai dua pontianak, seorang wanita tua (anak Audrey) dan seorang lelaki muda.


Audrey



Bud membunuh 2 pontianak itu dan mencabut taring mereka untuk dijual di kedai pajak gadai, tetapi harga yang ditawarkan oleh Troy tidak mencukupi untuk mengatasi masalah kewangannya. Bekas isteri Bud, Jocelyn, merancang untuk berpindah dan masukkan anak mereka ke sekolah swasta termahal. Untuk menyara hidup anaknya, Bud terpaksa kembali bekerja di kesatuan pemburu pontianak dengan bantuan rakan tenteranya lamanya, Big.


Bud & Big




Bos lamanya enggan mengambil Bud bekerja kerana sejarah kerjanya yang suka melanggar kod. Dia akhirnya di terima dengan syarat ketat, hanya perlu bekerja pada syif siang dan diawasi oleh Seth.


Audrey menemui pontianak yang dibunuh Bud. Audrey menemui, menyeksa, soal siasat Troy sebelum membunuhnya. Dia merancang untuk membina rumah dan menubuhkan koloni pontianak supaya Audrey boleh membina tenteranya sendiri.


Seth


Bud dan Seth pergi memburu. Seth tidak melaporkan pada bos walaupun Bud melanggar protokol selepas mengetahui Bud menyara keluarga dengan pendapatannya. Audrey marah dan menculik keluarga Bud. Berjayakah Bud menyelamatkan keluarganya dan membunuh Audrey?


🌟🌟🌟🌟/5


24 May 2023

Review Filem The Woman King (2022)

 Assalamualaikum readers


Review Filem The Woman King (2022) | Tertarik dengan poster dalam Netflix. Kalau kuarantin ni, walaupun terpisah dengan suami dan anak, makan minum kena jaga jugak. Ok back to story, nasib ada Netflix 😂 Paling di tunggu ialah Wakanda Forever. Filem ini berkisar tentang pahlawan masyarakat zaman dulu di Africa.



SINOPSIS :


Kerajaan Dahomey di Afrika Barat pada tahun 1823, Jeneral Nanisca, ketua kumpulan pahlawan yang semuanya perempuan, Agojie, membebaskan wanita Dahomey yang diculik dari Empayar Oyo. Ini menimbulkan provokasi Raja Ghezo untuk menghadapi perang habis-habisan dengan Oyo. Nanisca mula melatih generasi baru pahlawan untuk menyertai Agojie. Antaranya Nawi, gadis yang ditawarkan oleh bapanya kepada raja selepas enggan berkahwin dengan lelaki kaki pukul. Nawi juga anak angkat, menunjukkan parut di bahu kirinya, mengejutkan Nanisca. 


Izogie dan Nawi


Pedagang hamba Portugis yang diketuai Santo Ferreira dan Malik (mixed Dahomey) tiba dan berpakat dengan Oyo, diketuai Oba Ade. Nawi bertemu dengan Malik dan keduanya menjadi kawan. Sebelum tamat latihan untuk menjadi Agojie, Nawi curi keluar untuk berjumpa dengan Malik dan mengetahui Oyo merancang untuk menyerang. Dia melaporkan pada Nanisca, yang kemudian memberitahu semasa remaja, dia ditangkap oleh Oba, dirogol dan hamil. Selepas melahirkan bayi perempuan, Nanisca tanam gigi jerung di bahu kiri anaknya. Membuktikan Nawi adalah anak kandungnya.



Nanisca dan anaknya

Raja Ghezo



Serangai Agojie berjaya, tetapi Oba melarikan diri dan Nawi, Fumbe dan Izogie di tangkap. Atas nasihat Nawi, Fumbe melarikan diri dan kembali ke istana. Ghezo bersedia memberi anugerah gelaran kepada Nanisca, tetapi enggan membenarkan misi menyelamat Agojie yang ditawan. Nanisca ingkar arahan dan pergi menyelamatakn tawanan. Berjayakah Nanisca dan Agojie yang lain?


🌟🌟🌟🌟/5


23 May 2023

Beryl's Tiramisu Almond Green Tea Chocolate

 Assalamualaikum readers


Beryl's Tiramisu Almond Green Tea Chocolate | Antara coklat Beryl's yang Nina angkut di Langkawi untuk borong bawa balik, baru saja selesai habis makan sebelum raya. Kemain simpan punya lama dalam peti ais. Itupun nafsu membeli berjaya di kawal. Sesiapa yang sukakan matcha, inilah coklatnya!


Beryl's Tiramisu Almond Green Tea Chocolate




Coklat Beryl's green tea ni bila masuk ke dalam mulut akan rasa matcha cair di dalam mulut barulah mula kunyah badam tu. Rasa pahit-pahit serbuk matcha di bahagian luar dan di mixed dengan lemak badam. Kalau jumpa, jangan lupa beli dan cuba. Di 7E, setakat ini tak ada dijual, hanya ada kotak merah dan putih.


22 May 2023

Review Filem AKA Di Netflix

 Assalamualaikum readers


Review Filem AKA Di Netflix | Sebuah filem French yang di tayangkan di Netflix dan termasuk dalam senarai Top 10. Apa saja yang top meletop ni mesti tengok sebabnya, dalam Netflix tu mostly banyak filem dan drama bersiri yang lama-lama tapi masih ada peminat tersendiri yang akan cari dan tonton. Eh melalut pulak 😂



SINOPSIS :


AKA bermula dengan ejen khas yang dihantar ke Libya untuk menyelamatkan Sonia Gautier, seorang wartawan Perancis berprofil tinggi dan dia diselamatkan dalam masa yang singkat. Lelaki itu adalah Adam Franco, diupah oleh perisik Perancis untuk menyusup masuk ke dalam sindiket jenayah Perancis yang dikendalikan oleh Victor, lelaki utama yang terkenal kerana melindungi lelaki Sudan yang kini penyokong ISIS.




Tugas Adam Franco adalah untuk mendekati Victor dan mendapatkan maklumat tentang lelaki Sudan yang kononnya seorang pengganas. Victor adalah orang yang membiayai lelaki itu di Perancis dan terbuka tawaran seluas-luasnya jika sesiapa dapat membunuhnya. Adam menyertai pasukan itu dan tugasnya melindungi anak-anak Victor. Dalam plot tiada bukti yang menunjukkan Adam Franco membuat penyelidikan terperinci tentang latar belakang Victor, di mana penonton tak tahu hujung pangkal cerita.




Dalam masa yang sama, Adam Franco berubah hati menyelamatkan anak-anak bosnya dan tunjukkan pada penonton versi dirinya yang lembut dan baik hati kerana anak-anak itu tidak ada kena mengena dengan sindiket. Sifatnya berguna walaupun di penghujung filem dan filem menjadi agak pelik dan tidak faham apa yang ingin pengarah sampaikan?


🌟🌟/5

19 May 2023

Review Filem Mrs Chatterjee vs Norway (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Mrs Chatterjee vs Norway (2023) | Minggu kuarantin bagi hubby dan Harraz, semoga cepat sembuh buat mereka berdua. Kerja tolak tepi, siapa nak sediakan makan minum. Jadi, stay dalam bilik habiskan masa tengok Netflix terjumpa filem baru lagi. Norway ni laws mereka sangat strict pasal hak penjagaan anak-anak.




Budaya Norway dan benua Asia jauh berbeza. Di sana kalau tampar, jentik pun dah kena tindakan. Dalam kes Mrs Chatterjee ni tak ada lah itu semua. Filem dari kisah benar seorang ibu bernama Sagarika Chakraborty dalam bukunya bertajuk The Journey of a Mother.


SINOPSIS :


Debika Chatterjee menetap bersama suami, Aniruddha Chatterjee dan dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway. Dua orang pekerja Norwegian Child Welfare Services, Sia dan Matilda ditugaskan untuk berada di rumah pasangan India tersebut untuk memantau cara mereka menjaga anak selama 10 minggu.



Laporan dan dan dakwaan terhadap Debika kerana menyuap Shubh makan menggunakan tangan, letak kohl di dahi dan dia dilabel mentally unstable. Anirud juga didakwa tidak membantu menjaga anak-anak dan lebih mementingkan kerja dan citizenshipnya. 



Mak-mak ja yang akan faham. Sedih dengan watak Debika ni



Daniel Singh Ciupek ditugaskan untuk membela Debika setelah Mr. Singh gagal dalam perbicaraan awal. Daniel juga tak mampu untuk membela Debika kerana sering melanggar perintah mahkamah. Dari hari ke minggu, berubah bulan dan tahun Debika masih kuat melawan penindasan yang tidak adil dan berjuang untuk dapatkan kembali anak-anaknya.


Review :


1. Sepatutnya menjadi filem pilihan untuk ditonton pada Hari Ibu 2023 kerana ditayangkan secara rasmi di Netflix namun kerana kelemahan pada jalan cerita oleh pengarah, filem yang punya cerita kuat nampak sia-sia.


2. Mungkin lebih baik pengarah guna teknik flashback untuk kebanyakan babak contohnya babak Peguambela Ms Pratap datang lambat ke mahkamah dan letak di awal babak selari dengan perbicaraan kes. Pelakon Norway hampir semuanya kayu.


3. Tak pasti sistem perundangan Norway bekerja tapi di India, peguambela akan jumpa anak guam sebelum perbicaraan. Peguam tak ada fakta kes, tak tahu langsung cerita dari pihak Debika. 


4. Dari awal dah boleh nampak perangai sebenar Aniruddha. Buang masa tunjuk scene suami yang sampah sebab tak peduli dengan bengkak di dahi Debika, jadi tak hairan kalau dia tak peduli pasal anak-anak.

🌟🌟