1 Jun 2023

2 Juta Pageviews Tercapai! Tips Naikkan Pageviews Blog Dengan Cepat

Assalamualaikum readers


 2 Juta Pageviews Tercapai! Tips Naikkan Pageviews Blog Dengan Cepat | Alhamdulillah, macam tak percaya blog Cik Suka Taip ni, dah cecah 2 Juta PV. Serious, lepas habis kuarantin dalam minggu ke 2, bulan Mei buka blog terus naik 2,001,000 PV.



Kadang tu paksa diri untuk terus menulis entri yang menarik untuk pembaca. Bukan gosip semata-mata. Cuma kadang target lain, dapatnya lain. Bila tak update hari-hari PV harian cuma, 500-800 PV sahaja. Kalau update hari-hari akan dapat 1K++ PV. Not bad, mungkin kena usaha lagi, buat autopublish ke. 


Blog Capai 2 Juta Pageviews, Terima Kasih Semua!


Sebelum ni tulis macam syok sendirian berhad sendiri, penat tulis tak ada orang baca. Jadi bila bulan berganti bulan, pageviews naik, syok tengok adsense pun naik jugak.


Seronok bila dapat cash out adsense sebab usaha menulis tu. Walaupun dah 13 tahun blogging, tapi adalah hasil masa Nuffnang dulu tapi masih tak buat bersungguh-sungguh. Sekarang ni blogger lain dah berjuta PV, Nina baru terhegeh-hegeh nak capai 2 juta PV.


Tips Naikkan PV Blog Dengan Cepat


#1 Tulis Entri Sebanyak Yang Boleh


Bila nak menulis entri ni idea terus kering? Betul tak? Kalau macam Nina, dapat idea terus masuk draft dulu. Lepas tu baru setkan tarikh untuk publish.


Tak kisahlah entri apa yang nak tulis, lirik lagu ke, resepi ke, janji dah siap dan ready untuk publish.


#2 Belajar Tentang Ilmu SEO


SEO bukan CEO ya. SEO maksudnya ialah search engine optimization, nak tahu lebih? Semua ni di hujung jari sahaja. 


#3 Tulis Entri Dengan Konsisten Dan Padat


Bila dah terbiasa update entri hari hari, dari situ cuba belajar untuk tulis entri yang lebih daripada 500 atau 700 patah perkataan. Jujur ya, google tak suka entri yang pendek pendek.


Google pandang pada entri yang panjang berserta SEO. Sebab tu pentingnya tulis entri yang padat dan konsisten. Tak dapat 2 post sehari, cukup 1 hari 1 post. Post yang padat dengan info info.


#4 Tajuk Entri Yang Kebabom Bagi Tarik Minat Pembaca


Ha yang ni pun penting jugak, bila entri menarik dah sah akan naikkan PV blog dengan cepat. Bila tajuk tu jadi pilihan untuk orang klik dan baca. Tapi jangan sesekali tipu pembaca.


Pernah tak baca tajuk entri yang kebaboom tapi entri tak menarik? Panas tak hati? Dah macam tajuk dalam surat khabar tapi isi tak menarik.


#5 Join Giveaway Atau Segmen Yang Dianjurkan Oleh Blogger Lain


Join pun boleh naikkan PV blog dengan cepat ke? Tipulah! Dulu kalau rajin join, seminggu sampai 6 giveaway tau.



Ha tengok! Sebab tu suka support blogger lain buat giveaway. Mana tahu rezeki dapat hadiah giveaway pastu dapat lagi PV. 


Kesimpulannya, ikut pada kerajinan masing-masing, kalau berusaha pasti berjaya. Semoga semua blogger berjaya dalam blogging!


12 comments:

  1. Tahniah, Nina! Terima kasih juga share tips, camana nak naikkan PV. 👍

    ReplyDelete
  2. tahniah!! chaiyok! nak tulis banyak2 yg rasa lemau...hihi..

    ReplyDelete
  3. Semoga terus sukses. Naim masih sendu untuk menulis haha

    ReplyDelete
  4. cabaran paling besar adalah antara rajin dgn x je nak update... yg lain2 tak ada masalah😁

    ReplyDelete
  5. lately x ramai buat GA or segmen. geng2 otai yg rajin buat. yg baru mmg payahhh😁

    ReplyDelete
  6. Tu lah.. Kena konsistenkan Nina.. Kadang tu tak ada idea nak tulis apa.. hehehe.. Tahniah Nina..

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Semoga blog Nina semakin maju & masyukkk 😊

    ReplyDelete
  8. Tahniah Nina. Keep it up! Terima kasih share tipsnya.

    ReplyDelete
  9. Keren dan luar biasa salut atas pencapaiannya, Mbak
    Dari pencapaian ini tergambar juga kerja keras Mbak dalam menulis unuk blog yang konsisten.
    Terima kasih atas tipsnya. Moga saya bisa ikuti jejak Mbak.

    ps.
    Ini kunjungan pertama ke blog Mbak. Blog yang cantik juga theme nya.

    Salam kenal dan salam persahabatan dari saya di Sukabumi, west java, INA

    ReplyDelete
  10. Tahniah nina!!! tq jugak atas tipsnya... sy pun x tgk brp pv sy.. lps ni lah nak check.. hahaha

    ReplyDelete
  11. nina memang rajin menaip. nama pun cik suka taip kan hehe. InsyaAllah cepat je ni naik ke 3Juta pulak. Yaya ni je maleh & xde masa nak update. rasa mcm sbulan skli update...gituu xnak bg nmpk 'bersawang' blog haha. Alhamdulillah da capai jgk 2j+ views. bnykkan sharing ilmu kat dlm blog.. so orang2 yang tgh cari info mudah nak dapat mklumat yg dorang cari ^_^

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.