Assalamualaikum readers
Taman Rimba Teluk Bahang | Hari ahad lepas kami ke sini. Hubby pun ok, lebam di kepala dah hilang boleh bawa Harraz pi mandi. Mulanya sepupu hubby nak mandi laut tapi air laut tengah pasang terus ubah plan mandi air terjun. Ini 1st time Nina ke sini sebab sebelum-sebelum ini memang ramai dengan pelancong luar.
Taman Rimba Teluk Bahang ni dekat dengan Empangan Teluk Bahang dan bersebelahan dengan Escape dan Eutopia. Tapi air terjun dah tak jernih macam dulu kalau ikut pada gambar di Google. Nina tak mandi, hanya tengok Harraz dan hubby mandi dengan sepupu-sepupu dorang. Baik lepak sambil makan 😂 Takut kulit tak tahan, nanti gatal-gatal pulak.
Air dah tak jernih macam dulu. Tak nampak dasar kolam |
Sesuai berkelah bersama family, banyak kemudahan yang disediakan antaranya tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Siap ada tempat BBQ lagi.
Masa untuk balik! |
Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, pejabat ada di dalam taman rimba ni. Disini terdapat 4 trek jungle trekking bagi yang berminat. Dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk percuma. Kalau datang ke Penang, kalau air laut tengah pasang boleh lah mandi di sini!
air tu memang warna macam tu ke? atau dah keruh?
ReplyDeleteAir dh keruh
Deletetampak sunyi je...orang penang x teringin nak berkelah kat sini ke?
ReplyDeleteTime ambil gambar ni dh nak balik. Pintu masuk pun dh tutup
DeleteNampak bersih tempatnya. Percuma pula tu. Sesuai berkelah seisi keluarga.
ReplyDeleteCantik tempatnya ;)
ReplyDeleteTempatnya bersih dan rapi ya Mbak.
ReplyDeleteKenapa air terjun airnya tak sejernih seperti di foto Google Maps, Mbak? Sayang sekali ya.
Ternyata disana bisa camping juga ya? Asik juga kalau bercamping bersama keluarga tercinta. Ah, sudah lama juga saya tidak pernah camping lagi...
Salam persahabatan,
Air terjun sudah tidak bersih akibat faktor alam
Deleteye la dah x jernih air nya ye... xpe la janji bdk2 sonok mandi manda kan.. heheh
ReplyDeleteNot bad jugak walaupun air dh x jernih.. back to nature gitu... lepak² piknik pun dh ok dah
ReplyDeletekalau yg escape tu nina da penah masuk?
ReplyDeletedh pernah masuk
DeleteLama xpi mandi sini. Last mandi kt sini masa form berapa ntah
ReplyDeleteAir tak jernih dah
ReplyDelete