2 Jun 2023

Ke Taman Rimba Teluk Bahang

 Assalamualaikum readers


Taman Rimba Teluk Bahang | Hari ahad lepas kami ke sini. Hubby pun ok, lebam di kepala dah hilang boleh bawa Harraz pi mandi. Mulanya sepupu hubby nak mandi laut tapi air laut tengah pasang terus ubah plan mandi air terjun. Ini 1st time Nina ke sini sebab sebelum-sebelum ini memang ramai dengan pelancong luar.




Taman Rimba Teluk Bahang ni dekat dengan Empangan Teluk Bahang dan bersebelahan dengan Escape dan Eutopia. Tapi air terjun dah tak jernih macam dulu kalau ikut pada gambar di Google. Nina tak mandi, hanya tengok Harraz dan hubby mandi dengan sepupu-sepupu dorang. Baik lepak sambil makan 😂 Takut kulit tak tahan, nanti gatal-gatal pulak. 


Air dah tak jernih macam dulu. Tak nampak dasar kolam


Sesuai berkelah bersama family, banyak kemudahan yang disediakan antaranya tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Siap ada tempat BBQ lagi. 



Masa untuk balik!


Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, pejabat ada di dalam taman rimba ni. Disini terdapat 4 trek jungle trekking bagi yang berminat. Dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk percuma. Kalau datang ke Penang, kalau air laut tengah pasang boleh lah mandi di sini! 

 

14 comments:

  1. air tu memang warna macam tu ke? atau dah keruh?

    ReplyDelete
  2. tampak sunyi je...orang penang x teringin nak berkelah kat sini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ambil gambar ni dh nak balik. Pintu masuk pun dh tutup

      Delete
  3. Nampak bersih tempatnya. Percuma pula tu. Sesuai berkelah seisi keluarga.

    ReplyDelete
  4. Tempatnya bersih dan rapi ya Mbak.
    Kenapa air terjun airnya tak sejernih seperti di foto Google Maps, Mbak? Sayang sekali ya.
    Ternyata disana bisa camping juga ya? Asik juga kalau bercamping bersama keluarga tercinta. Ah, sudah lama juga saya tidak pernah camping lagi...

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air terjun sudah tidak bersih akibat faktor alam

      Delete
  5. ye la dah x jernih air nya ye... xpe la janji bdk2 sonok mandi manda kan.. heheh

    ReplyDelete
  6. Not bad jugak walaupun air dh x jernih.. back to nature gitu... lepak² piknik pun dh ok dah

    ReplyDelete
  7. kalau yg escape tu nina da penah masuk?

    ReplyDelete
  8. Lama xpi mandi sini. Last mandi kt sini masa form berapa ntah

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com